Stereotaip merupakan sesuatu perkara yang sangat bahaya dalam sesuatu masyarakat. Hal ini adalah kerana stereotaip mampu mempengaruhi amalan politik di sesebuah negara. “Orang Melayu yang malas”, orang Cina yang “dapat disogok” dan orang India yang “penakut dan suka menipu” adalah antara stereotaip yang mempengaruhi sejumlah besar penduduk di Malaysia dan Singapura.

Kategori: Ulasan Buku

Pada tahun ini, Minggu Penulis Remaja (MPR) telah diadakan di Kampung Karyawan Malim, Perak. Program yang telah berlangsung dari 15 hingga 20 Julai 2019 telah disertai oleh seramai 22 orang peserta bagi mengasah bakat masing-masing dalam bidang penulisan cerpen dan puisi di samping mengenali dunia sastera dengan lebih lanjut. Program MPR 2019 telah dikendalikan oleh Puan Norhasmanalinda dan Encik Wan Mohd Farid, pegawai daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kategori: Berita, Featured

Apabila kita amati ejaan jawi pada kata bantuan dan usahawan iaitu بنتوان dan اوسهاون, terdapat perbezaan pada ejaan suku kata akhir. Kata “bantuan” dieja dengan huruf ان pada akhir kata. Kata “usahawan” pula dieja dengan huruf ون pada akhir kata. Apakah yang menyebabkan timbul perbezaan ini?

Kategori: Jawi

Encik Md. Ghani bin Mat dilahirkan pada 23 Disember 1956 di Pasir Mas, Kelantan.

Kategori: Featured, Warisan

Majlis Multaqa Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail 2019 diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan Ke-76 DYMM Tuanku Raja Perlis diadakan di Dewan Warisan, Kangar, pada 11 Julai. DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli ke majlis ini.

Kategori: Berita, Featured

Bagai sirih pulang ke ganggang, Sasterawan Negara Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh hadir ke High School Bukit Mertajam (HSBM), Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk program bersama-sama Sasterawan Negara (SN) dan penjenamaan semula pusat sumber sekolah dengan nama baharu “Pusat Sumber Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh”. Majlis ini telah disempurnakan oleh SN Muhammad Haji Salleh sendiri.

Kategori: Berita, Featured

Saban tahun, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menganjurkan Anugerah MAPIM-KPM bagi memberikan pengiktirafan kepada penerbitan buku ilmiah. Anugerah MAPIM-KPM 2018 edisi ke-12 terus diadakan bagi tujuan pengiktirafan kepada karyawan dan penerbitan atas sumbangan memajukan dunia penerbitan ilmiah di Malaysia. Bagi memastikan anugerah bidang penerbitan ilmiah ini terus bersemarak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah Anugerah MAPIM-KPM 2018.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1046861
    Visit Today : 477
    This Month : 29460
    Total Visit : 1046861
    Hits Today : 1068
    Total Hits : 4295870
    Who's Online : 12
  • Kategori