Pertandingan Forum Remaja bermula pada tahun 1989, dianjurkan secara bersama-sama oleh Persatuan Linguistik Malaysia, Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebagai merealisasikan hasrat KPM untuk mewujudkan satu bentuk penggunaan bahasa Melayu yang seragam.

Kategori: Berita, Featured

Kita sedia maklum bahawa huruf و (wau) Ialah padanan bagi vokal [u] dan [o]. Selain itu, huruf و (wau) juga menjadi padanan bagi konsonan [w]. Yang menarik untuk kita bincangkan di sini ialah konsonan [و] mempunyai hukum yang berbeza mengikut kedudukan dalam perkataan. Antara hukumnya ialah :

Kategori: Jawi

Majlis Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-63 disambut sehari lebih awal, iaitu pada 21 Jun 2019 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik. Beberapa acara dan program telah disusun sebagai pengisian sambutan ulang tahun DBP, antaranya termasuklah pameran, pelancaran penerbitan digital dan penandatanganan memorandum persefahaman dan surat hasrat. Majlis sambutan ini turut diserikan dengan deklamasi puisi yang bertajuk “Suara dari Dinding Dewan” oleh Sasterawan Negara Dato’ Seri Dr. A Samad Said.

Kategori: Berita, Featured

Kata dasar ialah kata yang tidak berimbuhan. Kata dasar boleh terdiri daripada satu suku kata (ekasuku), dua suku kata (dwisuku) tiga suku kata (trisuku) atau lebih daripada itu. Kata dasar yang sering kita temukan ialah kata jati Melayu dan sesetengahnya kata pinjaman daripada bahasa asing.

Kategori: Jawi
  • Arkib

  • Statistik

    1047033
    Visit Today : 649
    This Month : 29632
    Total Visit : 1047033
    Hits Today : 1570
    Total Hits : 4296372
    Who's Online : 18
  • Kategori