Menulis karya kreatif sejak 30 tahun yang lampau bukanlah suatu perkara yang aneh ataupun mudah. Penduduk di negara ini rata-ratanya celik huruf tetapi tidak semua mempunyai keinginan untuk membaca ataupun menghargai penulis. Hal ini membingungkan saya selama ini.

Kategori: Bakat

Pelaburan merupakan komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain bagi mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen. Pelaburan terlibat dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, syarikat atau kerajaan.

Kategori: Ulasan Buku

Dalam usaha memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu ke arah cabaran globalisasi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengatur rangkaian kerjasama dan hubungan kerja dengan pelbagai institusi pengajian dan pusat penyelidikan tamadun Melayu di dalam dan luar negara. Kerjasama ini meliputi aspek kebahasaan, kesusasteraan, penyelidikan dan aspek lain yang berkaitan dengan matlamat DBP.

Kategori: Berita, Featured

Ungkapan “ditelan mati emak, diluah mati bapak” jikalau dirujuk dalam Kamus Peribahasa Edisi Keempat bermaksud “dalam keadaan serba salah”. Peribahasa ini juga diilustrasikan dalam ayat, iaitu “Nur Saliha berada dalam keadaan ditelan mati emak, diluah mati bapak kerana kedua-dua tawaran itu sangat menarik dan sukar untuk ditolak”.

Kategori: Suara Anak Muda

Pada 7 Mac 2019, berlangsungnya program Wadah Cendekia yang membicarakan tajuk “Francis Light Bukan Pembuka Pulau Pinang”. Program kerjasama antara Bahagian Majalah dengan Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, ini hasil cetusan idea Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom lanjutan daripada program Bicara Karya oleh Bahagian Majalah yang membicarakan buku Batu Uban: Sejarah Awal Pembukaan Pulau Pinang. Oleh itu, Wadah Cendekia ini diadakan khusus untuk merungkaikan fakta sebenar sejarah awal pembukaan Pulau Pinang.

Kategori: Berita, Featured

Pada 24 Januari 2019 bertempat di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah berlangsung Ceramah Arkeologi Ke-9 anjuran Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM. Ceramah ini menampilkan Profesor Dr. Agus Aris Munandar H.Hum, pensyarah sejarah dan arkeologi di Jabatan Arkeologi, Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat, Indonesia, dengan tajuk “Arkeologi Majapahit: Arsitektur Candi Abad Ke-14-15 Masihi.”

Kategori: Berita, Featured

Program Pembinaan Bakat Siswa Penulisan Ilmiah telah membuka tirai bulan Mac 2019. Program kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini telah mencapai usia 12 tahun penganjurannya. Kali ini, program ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Mac, bertempat di Dewan Bankuet, DBP, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1047219
    Visit Today : 835
    This Month : 29818
    Total Visit : 1047219
    Hits Today : 2067
    Total Hits : 4296869
    Who's Online : 16
  • Kategori