Kumpulan Onde-onde muncul sebagai johan Program Jelajah Bahasa Jiwa Bangsa (JBJB) setelah menewaskan 9 kumpulan lain di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2019 bersempena dengan Festival Wanita 2019. Pasukan itu diwakili oleh Nurul Atiqa Zafarullah (Kuala Lumpur), Nurul Fatin Atirah Rosli (Johor), Adlene Farhanie Mohd Sani (Perak), dan Nur AfifahAyuni Sara Ayu Puteri Abdul Jalil (Johor). Mereka memenangi hadiah wang tunai RM500.00, hadiah iringan dan sijil penghargaan. Naib johan pula dimenangi oleh kumpulan Dim Sum, manakala kumpulan Ambuyat memenangi tempat ketiga.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Pusat Belia Antarabangsa dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan forum Canai Bahasa dan Sastera 2019 dengan tajuk “Wanita Dalam Revolusi Industri 4.0” pada 27 Februari 2019 di ruang legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Yayasan Islam Kelantan dan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, telah menganjurkan Program Memperkasakan Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Kelantan pada 18 Februari 2019 di KIAS, Kelantan.

Kategori: Berita, Featured

Rasuah ditakrifkan perbuatan salah guna kuasa untuk mengayakan atau memberikan kelebihan kepada individu, anggota keluarga dan kenalan rapat ketika seseorang itu diamanahkan tanggungjawab menguruskan sesuatu perkara. Rasuah sebenarnya adalah gejala penyimpangan moral dan pelakunya adalah orang yang kurang bermoral atau tidak berakhlak.

Kategori: Ulasan Buku

Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik telah menggariskan empat peningkatan kualiti untuk meningkatkan kewibawaan dan martabat bidang pengajian tinggi semua universiti di Malaysia. Secara keseluruhannya, terdapat empat langkah peningkatan digariskan oleh Dr. Maszlee, iaitu peningkatan kualiti, autonomi, kolaborasi dan pengantarabangsaan.

Kategori: Berita, Featured

Buku Views from Pulau Pinang - Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives menghimpunkan penulisan artikel sepanjang tahun 2016 dan 2017 yang disiarkan dalam akhbar New Sunday Times Malaysia. Secara keseluruhannya, penerbitan buku ini merupakan hasil kajian tiga pensyarah dan penyelidik terkenal Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1046868
    Visit Today : 484
    This Month : 29467
    Total Visit : 1046868
    Hits Today : 1085
    Total Hits : 4295887
    Who's Online : 15
  • Kategori