Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh masa 10 tahun, iaitu dari tahun 2021 hingga tahun 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, Dekad Membaca Kebangsaan merupakan sebahagian daripada usaha ke arah menjadikan Malaysia negara membaca menjelang tahun 2030.

Kategori: Berita, Featured

Oleh ABDUL HAKAM JAMALUDDIN PADA 19 Januari 2019, peristiwa bersejarah tercatat apabila nama Kampung Kerinchi dikembalikan hasil usaha YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Kawasan yang asalnya Kampung Kerinchi dikenali pula sebagai Bangsar South kesan daripada projek pembangunan besar-besaran di sebahagian kawasan ini. Majlis pemasyhuran telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar, Ketua […]

Kategori: Berita, Featured

Antara masalah yang mengganggu sesetengah wanita adalah kesukaran mendapat zuriat dan keguguran. Apakah punca masalah tersebut? Mungkinkah persekitaran tempat kerja menjadi faktor menjejaskan reprodutif pekerja? Buku ini boleh menjawab masalah-masalah di atas.

Kategori: Buku Baharu

Judul              : Pemikiran Sasterawan Negara Anwar Ridhwan Editor              : Mawar Safei Harga             : RM40.00 Tahun             : 2019 Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka BUKU ini menghimpunkan 17 kertas kajian yang membincangkan ketokohan dan kepengarangan Sasterawan Negara Anwar Ridhwan dalam genre novel, drama, puisi dan esei secara tuntas melalui penerapan pelbagai pendekatan dan teori. Selain itu, buku ini menggali pemikiran pengarang hingga dapat melahirkan karya besar dan terkenal ke […]

Kategori: Buku Baharu

Judul              : Kedaulatan dan Kekuasaan Melayu dalam Teks Sastera Editor              : Jelani Harun & Rogayah A. Hamid Harga             : RM48.00 Tahun             : 2019 Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka BUKU ini merupakan kumpulan esei dan hasil kajian para sarjana yang khusus membicarakan pelbagai isu dan persoalan yang berhubung dengan kedaulatan dan kekuasaan raja-raja Melayu, khususnya bersumberkan naskhah-naskhah yang lahir daripada kepengarangan istana Melayu. Antara naskhah yang dijadikan rujukan ialah […]

Kategori: Buku Baharu

Judul              : Memujuk Resah Editor              : Shamsudin Othman & Salina Ibrahim Harga             : RM30.00 Tahun             : 2019 Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka HIMPUNAN puisi dan cerpen Memujuk Resah merupakan nukilan para peserta Minggu Penulis Remaja 2013. Garapan puisi lebih kepada ungkapan serta luahan perasaan, fikiran dan kesedaran yang bermain dalam pemikiran remaja. Terdapat juga puisi yang menyerlahkan pemikiran gaya berpuisi yang melangkaui karya remaja yang tipikal. Realiti remaja yang diserlahkan […]

Kategori: Buku Baharu

Tirai 2019 dibuka dengan penganjuran program Penulisan Kreatif Novel, hasil kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. pada 12 Januari 2019 di Dewan Bankuet, DBP. Seramai 39 orang peserta pelbagai latar belakang dan peringkat umur telah menyertai program ini. Antara penulis yang hadir ialah Lily Haslina Nasir, Hana Ilhami, Hessa Widad, Liz Haliza, Rissa Ahdiya, Rose Harissa, Ayu Ariani, Cik Q, Rosa Nur, Ummie Nadzimah dan Nojie.

Kategori: Berita, Featured

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Haji Abang Sallehuddin Abg. Shokeran sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu. Beliau menggantikan Datuk Haji Abdul Adzis Abas, yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 31 November 2018.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1047232
    Visit Today : 848
    This Month : 29831
    Total Visit : 1047232
    Hits Today : 2112
    Total Hits : 4296914
    Who's Online : 13
  • Kategori