Karnival Bahasa Jiwa Bangsa pada 23 Oktober 2018 di Dewan Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) Lembah Pantai , Kuala Lumpur, berlangsung dengan penuh warna-warni. Karnival ini diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2018 peringkat Kementerian Pendidikan untuk menyemarakkan kegiatan bahasa, budaya dan sastera kebangsaan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan pendidik dan pelajar.

Kategori: Berita, Featured

Memamhami penyakit mental bukan semudah menyamakannya dengan gila. Terma penyakit mental merujuk masalah kesihatan yang melibatkan perubahan emosi, pemikiran dan perlakuan yang akan menggugat keseluruhan fungsi seorang manusia itu. Takrifan Persatuan Pakar Psikiatri Amerika Syarikat ini disepakati oleh pakar psikiatri dan ahli psikologi klinikal di seluruh dunia. Pelbagai sebab dikatakan sebagai punca penyakit mental dan merangkumi faktor persekitaran, faktor psikologi dan faktor biologi. Faktor biologi termasuklah faktor genetik (keturunan) dan kesenjangan bahan kimia dalam otak.

Kategori: Featured, Makalah

Penganjuran Program Eksplorasi Bahasa bersempena dengan Program Keselamatan Kanak-kanak “Sahabat B.I.J.A.K.: Selamat dan Lindung (Safe and Protect)” di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22 November 2018 lalu mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan daripada kanak-kanak yang hadir. Seramai 75 orang kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur, latar belakang dan sekolah telah menyertai program ini. Program Eksplorasi Bahasa diadakan untuk menguji tahap pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak dalam bidang bahasa dan sastera, di samping menggalakkan semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.

Kategori: Berita, Featured

Hari UNESCO Malaysia (HUM) 2018 telah disambut pada 29-30 September 2018 yang lalu. Pada tahun ini UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) memilih negeri Perak sebagai negeri yang mempunyai tapak warisan dunia UNESCO di Lenggong sebagai tuan rumah sambutan pada peringkat kebangsaan.

Kategori: Berita, Featured

Jika anda singgah seawal pagi di Nu Sentral, Kuala Lumpur, lebih tepat lagi, di kafe Coffee Bean & Tea Leaf, usah terkejut melihat seorang lelaki bertubuh kecil dengan komputer riba di kerusi bersebelahan dinding. Ada lingkaran halimunan yang membentuk sempadan lelaki itu dengan dunia sebenar. Sambil bersarapan, dia sedang bekerja dengan mesin imaginasinya yang tidak pernah berhenti-henti bergelora. Beberapa buah buku, majalah dan akhbar mingguan terletak di sebelah komputer riba, sebagai isyarat keseriusannya. Orang lalu-lalang semakin ramai keluar masuk di Nu Sentral, tetapi perhatian makhluk aneh ini terlekat pada skrin mesin kreatifnya. Itulah kosmo miliknya yang tidak terjangkau oleh sesiapa.

Kategori: Bakat, Featured

Cerita rakyat menjadi bahan bacaan sastera yang menghiburkan dan mempunyai nilai murni yang boleh dicontohi. Penceritaan semula atau adaptasi daripada cerita sebenar yang berlaku dalam masyarakat dapat dijadikan teladan yang baik, khususnya kepada kanak-kanak. Penceritaan yang ringkas dan ilustrasi lukisan yang berwarna-warni dapat menarik perhatian pembaca. Buku ini adalah untuk peringkat umur dari tiga hingga 12 tahun, dan boleh dijadikan bahan bacaan untuk orang dewasa juga.

Pada 9 Oktober 2018, bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGK Bahasa Melayu), Lembah Pantai, Kuala Lumpur, telah berlangsung Syarahan MABBIM yang bertajuk “Peningkatan Literasi Bahasa Melayu/Indonesia” oleh Dr. Zaharani Ahmad.

Kategori: Berita, Uncategorized

Program “Secangkir Kopi” merupakan bicara karya berkonsepkan santai sambil minum dan diselitkan dengan nyanyian lagu puisi. Program yang dilaksanakan sejak tahun 2016 ini khusus membicarakan buku baharu karya penulis Sabah. Sehubungan dengan itu, pada 8 Oktober 2018, Dewan bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) telah mengadakan program ini di Dewan Pameran Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu. Program ini dilaksanakan sebagai pengisian acara Pesta Buku Borneo 2018 yang diadakan dari 5 hingga 9 Oktober 2018 dan bersempena dengan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2018.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1047279
    Visit Today : 895
    This Month : 29878
    Total Visit : 1047279
    Hits Today : 2327
    Total Hits : 4297129
    Who's Online : 15
  • Kategori