NOR HAFUZA Muhammad Arif dari Wangsa Maju muncul sebagai johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018 pada 23 September 2018 melalui puisi “Membaca Merdeka” karya Solihin Osman yang terbit dalam Antologi Puisi Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Lentera Zaman, terbitan GAPENA. Naib johan pula disandang oleh Ahmad Harun dari Cheras yang mendeklamasikan puisi “Tunas Pahlawan” karya Abd. Karim Gulam. Tempat ketiga dimenangi oleh Nor Eleyda Ezani dari Taman Ehsan dengan puisi “Junjung Kasih Malaysiaku” karya Poul Nanggang.

Pada 4 dan 5 September 2018, Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (Akademi DBP) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Maklumat Laman Web 2018 di Ibu Pejabat IKLIN Putrajaya.

Kategori: Berita, Featured

Pada 18 September 2018, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah. Kehadiran Dato’ Saifuddin disambut oleh pengurusan tertinggi DBP, iaitu Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran serta pengarah-pengarah jabatan.

Kategori: Berita, Featured

Sejak tahun 1990-an, sektor pembinaan di Malaysia berkembang dari semasa ke semasa. Perkembangan yang memberangsangkan ini menyebabkan banyak bangunan dan prasarana dibina dengan pesat dan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden sejak belakangan ini mencetuskan pelbagai isu yang secara langsung menyentuh kedudukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai institusi yang bertanggungjawab bagi membina, mengembangkan, mengiktiraf dan menerbitkan karya sastera. Matlamat untuk merakyatkan sastera semakin dipinggirkan apabila pendidikan sastera dipandang sepi kerana masyarakat kini lebih mementingkan pendidikan dalam bidang sains dan teknologi, sekali gus menyebabkan para pelajar kurang berminat untuk mempelajari sastera.

Kategori: Berita, Featured

Cerita rakyat menjadi bahan bacaan sastera yang menghiburkan dan mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dicontohi. Penceritaan semula atau adaptasi daripada cerita sebenar yang berlaku dalam masyarakat dapat dijadikan teladan yang baik, khususnya kepada kanak-kanak. Penceritaan yang ringkas dan ilustrasi lukisan yang berwarna-warni dapat menarik perhatian pembaca. Buku ini adalah untuk peringkat umur dari 3 hingga 12 tahun, dan boleh dijadikan bahan bacaan untuk orang dewasa juga.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1047274
    Visit Today : 890
    This Month : 29873
    Total Visit : 1047274
    Hits Today : 2294
    Total Hits : 4297096
    Who's Online : 13
  • Kategori