Dalam dunia penerbitan buku, ada beberapa bentuk anugerah diadakan saban tahun bertujuan untuk memilih buku yang layak untuk diberikan pengiktirafan dan juga mengiktiraf editor terbaik yang menjadi individu penting di belakang tabir dalam kejayaan sesebuah penerbitan buku. Sebagai rumah penerbit yang masih gah dalam industri penerbitan buku, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) saban tahun akan menghantar pencalonan kepada urus setia yang menganjurkan anugerah buku. Pada tahun ini, pentas anugerah buku dimeriahkan dengan kejayaan beberapa judul buku terbitan DBP yang memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan dalam anugerah berkenaan.

Kategori: Berita, Featured

Peranan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi utama dalam urusan rasmi di negara ini sedang dicabar hebat oleh bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris secara meluas di institusi kewangan dan insurans seperti menidakkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi dan kewangan.

Kategori: Berita, Featured

Pada tahun 2018, konsep sambutan Hari Guru ditumpukan kepada pelaksanaan untuk menggerakkan gelombang guru seluruh negara untuk bersama-sama berganding dengan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi merealisasikan transformasi pendidikan negara, seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan dengan hal itu, bersempena dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada bulan Mei setiap tahun, forum “Kebersamaan Pemikiran Guru dalam Kemenjadian Murid” diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Mei 2018 yang lalu. Forum ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Institut Aminuddin Baki dan Bahagian Pendidikan Guru KPM.

Kategori: Berita, Featured

Bahasa menjadi perantara utama untuk memudahkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Untuk melancarkan komunikasi, individu perlu ada kebolehan berbahasa, mendengar dan bertutur. Tanpa memiliki kebolehan tersebut akan berlakulah kecacatan dalam komunikasi. Melihat peri pentingnya komunikasi secara berkesan dalam kehidupan manusia, maka terhasillah buku berjudul Memahami Kecacatan Bahasa dan Komunikasi.

Kategori: Ulasan Buku

Tirai Mei 2018 dibuka dengan Program Pemilihan Peserta Terbaik Bakat Siswa 2018 rentetan daripada penangguhan Bengkel Pembinaan Bakat Siswa 2018: Penulisan Ilmiah pada awal Mac yang lalu. Pada bulan tersebut, peserta diberi tugasan untuk menyiapkan kertas kajian dan membuat pembentangan karya serta teori sastera.

Kategori: Berita, Featured

PADA 2 Mei 2018 yang lalu, bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Pakej Buku Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Pentas Utama Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, yang merupakan tokoh pemartabat bahasa Melayu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Dalam dunia yang semakin moden dan mencabar, kesejahteraan hidup merupakan suatu aspek yang amat dihargai, terutamanya apabila kehidupan itu kian dihimpit pelbagai konflik dan tekanan. Apabila semakin ramai yang berdepan dengan cabaran hebat ini, kaunseling dilihat sebagai suatu kaedah yang dapat memberikan jalan penyelesaian yang diperlukan oleh masyarakat.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini merupakan salah satu topik dalam Siri Tanaman Bunga-bungaan dalam Landskap. Dalam buku ini dibincangkan spesies-spesies melur, cara penanaman dan penjagaannya dalam landskap serta cara pembiakannya. Di samping itu, gambar foto spesies-spesies melur juga dipaparkan.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1046923
    Visit Today : 539
    This Month : 29522
    Total Visit : 1046923
    Hits Today : 1260
    Total Hits : 4296062
    Who's Online : 11
  • Kategori