MASYARAKAT Melayu sering kali dilabelkan sebagai bangsa yang tidak tahu menghargai masa. Ungkapan janji Melayu sering kali digunakan untuk menggambarkan orang Melayu yang tidak menepati masa. Jika diperhalus budaya masyarakat Melayu pada waktu itu, tanggapan masyarakat Melayu yang tidak menghargai masa adalah kurang tepat. Pada masa dahulu, orang Melayu tidak mempunyai pengukur masa yang tepat. Oleh itu, mereka menggunakan pengukuran masa yang berkaitan rapat dengan alam sekelilingnya dan corak hidup mereka ketika itu, termasuklah menggunakan nama fauna sebagai perlambangan.