PERBADANAN Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan pertandingan bercerita ala penglipur lara dan pertandingan deklamasi alunan syair pada 11 Oktober 2017 bertempat di Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2017 peringkat negeri Selangor.

Kategori: Berita

“Perjuangan Bangsa” telah dipilih sebagai tema Pertemuan penyair ASEAN 2017. Tema ini telah diterjemahkan dalam bentuk puisi dan syair sepanjang dua hari berlangsungnya Puisi dan Syair ASEAN 2017 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Acara yang diadakan pada 29 hingga 30 September ini telah menghimpunkan penggiat puisi dan syair dari 10 buah negara ASEAN. Majlis ini merupakan anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Akademi Seni ND Lala bersempena Diversecity: Kuala Lumpur International Arts Festival 2017 di bawah genre sastera.

Kategori: Berita, Featured

Pelbagai bentuk seni teater wujud dan salah satunya ialah monodrama. Seni teater ini agak baharu dan mula diperkenalkan sekitar tahun 2011. Namun demikian, usaha memperkenalkannya giat dijalankan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan menganjurkan Sayembara Monodrama saban tahun bagi memberikan peluang kepada peserta dan peminat seni monodrama mengetengahkan bakat mereka.

Kategori: Bicara

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya dan OPO Malaysia, telah menganjurkan Kayuhan Negaraku Sehati Sejiwa dan Pertandingan Jejak Maklumat Berbasikal bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 8 Oktober 2017, di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya.

Kategori: Berita, Featured

Pertandingan Forum Peringkat Kebangsaan 2017 Institut Pendidikan Guru (IPG) Piala Menteri Besar Perak yang bertemakan “Bahasa Melayu Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Abad 21 Menuju TN50” telah diadakan dari 26 hingga 28 September 2017. Pertandingan ini merupakan program anjuran IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kategori: Berita, Featured

Berendoi merupakan ritual yang diadakan semasa bayi dimasukkan ke dalam buaian, seiring dengan upacara bayi bergunting rambut. Aktiviti ini merupakan lambang kasih sayang ibu bapa dan datuk nenek terhadap anak cucu masing-masing. Berendoi juga wadah untuk keluarga berkumpul bagi melahirkan kegembiraan dan kesyukuran atas kehadiran insan baharu dalam keluarga.

Kategori: Featured, Warisan

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan kempen kesedaran terhadap bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pemersatu. BBK yang dimulakan sejak tahun 1960-an, menjadi acara tahunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mendapat sokongan penuh kerajaan Malaysia.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1047063
    Visit Today : 679
    This Month : 29662
    Total Visit : 1047063
    Hits Today : 1674
    Total Hits : 4296476
    Who's Online : 18
  • Kategori