Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pusat Kebudayaan Han Malaysia telah menganjurkan majlis diskusi karya dan pelancaran buku pada 27 September 2017 bertempat di Sanggar Tun Sri Lanang, Menara DBP, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan Seminar Penyelidikan Melayu 2017 pada 21 September 2017, di Akademi Pengajian Melayu, UM. Seminar ini merupakan program akademik yang berfungsi sebagai medium penyebarluasan hasil penyelidikan tentang Melayu. Selain itu, seminar ini menjadi platform perkongsian hasil penyelidikan tentang peradaban Melayu dalam pelbagai konteks, seperti pendidikan, ekonomi dan perhubungan sosial.

Kategori: Berita, Featured

Pada 19 dan 20 September 2017, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Seminar Linguistik Kebangsaan 2017 (SLiK 2017) yang diadakan di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP, Kuala Lumpur. SLiK 2017 yang bertemakan “Bahasa dan Akal Budi Bangsa” telah dirasmikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim, Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa merangkap Penasihat PLM.

Kategori: Berita, Featured

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menghubungkan para ilmuwan dengan lapisan masyarakat terutamanya dalam meningkatkan dan menyebarluaskan semangat patriotisme dalam diri masyarakat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis yang mempunyai tanggungjawab serta cinta terhadap keamanan negara sekali gus menghimpunkan pewaris negara bagi menanam semangat Sehati Sejiwa, Negaraku Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Membuka tirai bulan September 2017, Kursus Penulisan Kreatif Puisi Moden telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) hasil kerjasama Jabatan Pengajian Melayu IPGKPI, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pewira). Kursus ini diadakan pada 11 September 2017 di kampus IPGKPI. Seramai 30 orang pensyarah daripada pelbagai jabatan dan staf pengurusan IPGKPI terlibat dalam kursus yang dibimbing oleh Dato’ Rahman Shaari, Ketua 1 Pewira.

Kategori: Berita

Media penyiaran berperanan sebagai alat komunikasi yang berkesan dan amat berpengaruh di dalam masyarakat. Oleh itu, media penyiaran merupakan institusi sosial yang penting. Institusi tersebut merupakan kuasa yang mampu menghasilkan dan menyebarkan makna sosial. Hal ini bermaksud, media penyiaran berupaya menentukan corak pemahaman dan seterusnya hala pemikiran khalayak sasarannya tentang sesuatu yang disampaikan, khususnya melalui bahasa.

Kategori: Makalah

Pujangga ada menyatakan bahawa cinta dan sayang itu serupa tetapi tidak sama. Cinta merujuk kepada perasaan yang terjalin antara dua orang yang berlainan jenis. Manakala sayang boleh terjalin antara insan berlainan jenis dan juga sejenis.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1047122
    Visit Today : 738
    This Month : 29721
    Total Visit : 1047122
    Hits Today : 1847
    Total Hits : 4296649
    Who's Online : 12
  • Kategori