Pada 10 hingga 14 Julai 2017, bertempat di Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah diadakan program “Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu Musim Cuti 2017 DBP-PSU”. Program musim cuti semester ini diadakan secara kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Prince of Songkla University (PSU), Pattani, Selatan Thailand.

Kategori: Berita, Featured

Kemeriahan Aidilfitri masih dirasai walaupun bulan Syawal hampir ke penghujungnya. Pada 18 Julai 2017 yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2017 di pekarangan Bangunan Lama DBP.Majlis ini merupakan acara tahunan anjuran DBP, yang bertujuan meraikan Aidilfitri bersama-sama staf DBP, mantan staf dan rakan-rakan sinergi daripada pelbagai sektor. Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah DBP, Dato’ Haji Abdul Adzis Abas dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Syarahan Negarawan Negeri Sarawak pada 13 Julai 2017 di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, DBP. Syarahan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun DBP Cawangan Sarawak yang ke-40.

Kategori: Berita, Featured

Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu sukar memberikan nasihat atau teguran secara berterus terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaan. Lantas, mereka mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang.

Kategori: Suara Anak Muda

Akta Bahasa Kebangsaan menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi negara. Seksyen 2 akta ini menetapkan bahawa segala urusan rasmi kerajaan harus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dan seksyen ini telah diperkasakan lagi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011.

Kategori: Bicara, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1047090
    Visit Today : 706
    This Month : 29689
    Total Visit : 1047090
    Hits Today : 1758
    Total Hits : 4296560
    Who's Online : 8
  • Kategori