Zainal Abidin Haji Suhaili atau nama penanya, Abizai merupakan nama yang tidak asing bagi penggemar sastera di bumi Kenyalang Sarawak. Anak kelahiran Kuching ini bergiat aktif dalam penulisan sastera terutamanya dalam bidang puisi, cerpen dan rencana sastera.

Kategori: Ulasan Buku

SETELAH dua minggu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 berlalu, pada 24 Mei 2017 yang lalu, Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) mengorak langkah dan melakarkan sejarah tersendiri di kanvas kesusasteraan Melayu negara apabila buat julung kalinya ahlinya merantau jauh ke negara Tembok Besar China untuk melancarkan empat buah buku sastera kreatif Melayu karya penulis PUTERA. Buku yang dilancarkan merupakan tiga buah kumpulan puisi perseorangan, iaitu Pemburu Kata Merdu karya Abizai, Riwayat Mangga Makrifat di Pohon Keramat oleh Basri Abdillah, dan Sayembara Menari tulisan Zaibiee, dan kumpulan cerpen perseorangan, Apabila Rama-rama Dijelmakan Kepompong Epilepsi, karya Frankie Latit.

Novel Penenun Cinta merupakan sebuah novel islamik dan merupakan novel kelima serta terakhir beliau sebelum beliau meninggal dunia. Novel ini mengisahkan tentang watak seorang imam tua yang sedang koma hingga menjadikan keseluruhan ceritanya berpaksikan kepada monolog tentang kehidupan, pengalaman dan luahan dari lubuk hati watak utamanya. Kisah imam tua sambil mengimbas kembali zaman mudanya memperlihatkan secara jelas keakraban hubungan manusia dengan Pencipta yang Maha Berkuasa. Selari dengan itu, penelitian ini akan menganalisis pesanan Ibnu Ahmad Al-Kurauwi dari perspektif teori takmilah.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

PADA 16 hingga 18 Mei lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi telah menganjurkan Kursus Penulisan Profesional di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya.

Kategori: Berita, Featured

OLEH SITI IRNI YUSLINDA MOSMAN   Dalam menangani cabaran memartabatkan Bahasa dan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memberikan tumpuan dalam mengembangkan, memasyarakatkan serta membudayakan bahasa Melayu. Usaha ini melibatkan penganjuran pelbagai program kebahasaan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak dan melibatkan golongan belia sebagai kumpulan sasaran utama. Bengkel ini merupakan inisiatif Sekretariat Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama DBP. Penganjuran bengkel pidato ini […]

Kategori: Uncategorized
  • Arkib

  • Statistik

    1047185
    Visit Today : 801
    This Month : 29784
    Total Visit : 1047185
    Hits Today : 1985
    Total Hits : 4296787
    Who's Online : 47
  • Kategori