Buku ini merakamkan sejarah perkembangan pendekatan regionalisme dalam seni bina Malaysia termasuk ciri-ciri pendekatan dan asal usulnya. Pertama kali maklumat seni bina yang luas daripada perspektif sejarah moden negara ini dibincangkan dalam sebuah buku. Selain itu penulis membicarakan regionalisme Barat supaya dapat dibandingkan dengan regionalisme di Malaysia. Penulisan buku ini berhasrat menjadi asas pemikiran kritis terhadap arah tuju seni bina kebangsaan selain memberikan ilham kepada pelajar seni bina, arkitek dan pembuat dasar supaya menghasilkan seni bina regionalisme yang mesra budaya, mesra persekitaran dan mesra nilai bagi rakyat negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Kategori: Buku Baharu

Razali terlibat dalam usaha menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku lebih sedekad yang lalu. Peristiwa terancang itu ditutup kemas supaya kekal rahsia untuk jangka masa yang panjang. Razali berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan dalam memenuhi misi tersebut. Yang paling mencabar apabila nyawa neneknya menjadi taruhan pula. Razali seolah-olah ingin mengalah kerana dia tidak rela kehilangan insan yang disayanginya. Berjayakah Razali menyelasaikan kes pembunuhan tersebut dan dalam masa yang sama menyelamatkan neneknya? Novel ini padat dengan unsur suspens dan disulami dengan fakta sains.

Kategori: Buku Baharu

Judul              :           Mamaku Menteri Penulis           :           Salina Ibrahim Harga             :           RM16.00 Tahun             :           2015 Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka JARANG-JARANG pembaca remaja dihidangkan dengan kisah yang begini – si ibu seorang menteri! Hidup Nur berubah selepas ibunya dilantik sebagai menteri kabinet kerajaan pemerintah. Banyak perkara yang terpaksa dipertimbangkan apabila memikirkan status ibunya. Seboleh-bolehnya dia tidak ingin mengambil […]

Kategori: Buku Baharu

Terdapat 15 buah cerpen dalam kumpulan ini yang meliputi pelbagai sisi kehidupan – hubungan keluarga, alam persekolahan, konflik dunia, sejarah, keagamaan dan sebagainya. Kisah yang digarap pasti menyentuh hati pembaca kerana yang berlaku biasa dialami, diperhatikan, didengar dan dipaparkan. Antaranya kisah guru yang lahir di ibu kota terpaksa mencurahkan bakti di pedalaman. Atau hayatilah kisah pilu sepasang suami isteri yang menghadapi kemungkinan kehilangan anak yang menghidapi sakit hati yang gagal berfungsi.

Kategori: Buku Baharu

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, Johor, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992 dan seterusnya melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Kinta. Beliau terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana.

Kategori: Bakat, Featured

Dalam dunia pendidikan hari ini, peluang perkerjaan menjadi kayu ukur kepada nilai sesuatu bidang dalam pendidikan. Fokus pendidikan, khususnya pada peringkat pengajian tinggi, menghala kepada kebolehpasaran graduan dalam industri. Kursus yang ditawarkan di universiti awam mula berorientasikan kehendak industri. Keadaan sebegini memberikan impak negatif secara tidak langsung kepada kursus yang dilihat kabur dalam kebolehpasaran graduannya. Hal ini bertambah buruk lagi apabila media mempersoalkan kerelevanan pengajian kesusasteraan pada peringkat pengajian tinggi. Bukan pada peringkat pengajian tinggi sahaja yang terkena tempias negatif media ini, malah pada peringkat sekolah, pelajar yang berada dalam aliran sastera dimomokkan sebagai pelajar yang tercorot.

Kategori: Suara Anak Muda

Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja dan Pelancaran Novel Sejarah anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah diadakan pada 8 Mac 2017 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Kategori: Berita, Featured

Dalam bahasa Melayu tidak ada perkataan residensi, sebaliknya yang ada dalam Kamus Dewan ialah residen (daripada kata pinjaman resident) yang bermaksud “wakil kerajaan British di tanah jajahan atau negeri naungan British”.Kata residence dalam Kamus Dwibahasa bermaksud “tinggal” atau “kediaman”. Mungkin kata residensi yang diperkatakan ini dipadankan daripada residency dalam bahasa Inggeris, tetapi menurut Kamus Dwibahasa, residency bermaksud “kediaman Residen”.

Kategori: Puji & Tegur
  • Arkib

  • Statistik

    1047240
    Visit Today : 856
    This Month : 29839
    Total Visit : 1047240
    Hits Today : 2163
    Total Hits : 4296965
    Who's Online : 11
  • Kategori