KESENIAN Gordang Sembilan di Kuala Langat, Selangor telah dipelopori oleh Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT). Secara amnya Gordang Sembilan telah diterima di Kuala Langat sebagai salah satu daripada muzik tradisional yang kaya dan tinggi nilainya.

Kategori: Featured, Warisan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Balang Rimbun Sdn. Bhd., telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku Jejak Seni Johan Jaaffar, pada 20 Januari 2017, bertempat di Sanggar Tun Sri Lanang, Aras 31, Menara DBP. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Bermula pada tahun 2012 hingga kini, pihak International Baccalaureate (IB) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah mengadakan kerjasama dengan Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menganjurkan program berbentuk bicara sastera bersama-sama dengan pelajar diploma IB.

Kategori: Berita, Featured

SUDAH terang lagi bersuluh, semakin hari semakin kita mendekati ambang 2020. Dasawarsa ini, penggunaan bahasa Melayu di mana-mana institusi pengajian tinggi awam pasti akan mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa akademik kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang diguna pakai di seluruh dunia. Namun, masyarakat sering lupa bahawa bahasa Melayu merupakan lingua franca yang menjadi bahasa perantaraan, bahasa perhubungan, dan bahasa pergaulan antara masyarakat atau orang yang berlainan bahasa di seluruh dunia juga.

Kategori: Suara Anak Muda

YAYASAN Karyawan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan syarahan umum “Dinamik Pengajian Melayu-Nusantara di Belanda: Dulu, Kini dan Masa Hadapan” pada 6 Januari 2017, di Dewan Bankuet, Menara DBP. Syarahan ini menampilkan Dr. Suryadi, dari Leiden Institute for Area Studies (LIAS), Leiden University. Ia dipengerusikan oleh Encik Rusli bin Abd Ghani, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP.

Kategori: Berita, Featured

BAHASA DIRAJA adalah sejenis kelainan sosial antara berbagai-bagai kelainan sosial bahasa Melayu. Sungguhpun bahasa ini bukanlah kelainan asas yang dipelajari oleh penutur Melayu, tetapi merupakan kelainan yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Inilah kelainan yang paling halus dan digunakan dalam situasi khusus, iaitu apabila kita berhadapan dengan atau merujuk keluarga diraja.

Kategori: Ulasan Buku

Bagi pelancong luar yang datang ke Kelantan, antara destinasi membeli-belah yang akan dikunjungi termasuklah Pengkalan Kubor. Bagi yang baru pertama kali berkunjung ke situ, mereka akan memperhatikan papan-papan tanda yang terdapat di pinggir-pingir jalan utama menuju ke kawasan tersebut.

Kategori: Featured, Puji & Tegur

MEMBACA cerpen sering menjadi pilihan umum yang mahukan pembacaan singkat dan mudah difahami. Plot cerita yang padat dan ringkas memberikan kepuasan membaca di samping nilai estetika bahasa sastera tidak diabaikan. Bilangan halaman antara tujuh dengan lima belas muka surat menjadikan hobi membaca boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang kesuntukan masa atau yang mahukan kesudahan plot yang tidak meleret-leret. Antologi cerpen iaitu himpunan beberapa cerpen dalam sebuah buku memberi pilihan kepada pembaca untuk menikmati pelbagai peristiwa dan fikiran yang ingin disampaikan oleh penulis.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1047197
    Visit Today : 813
    This Month : 29796
    Total Visit : 1047197
    Hits Today : 2011
    Total Hits : 4296813
    Who's Online : 13
  • Kategori