PADA 13 Disember 2016, rakyat Malaysia telah menyaksikan satu peristiwa penting dan bersejarah apabila Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad ke-V telah menduduki takhta persekutuan dengan bergelar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-15. Baginda telah menggantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang telah tamat tempoh pemerintahan negara pada 12 Disember 2016. Sultan Muhammad ke-V telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan sekali gus menjadi Ketua Negara bagi Persekutuan Malaysia yang baru dan akan menjalankan tugas-tugas seperti mana yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Kategori: Makalah

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (PERWIRA) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menganjurkan Seminar Temu Puisi dan Persembahan Gema Puisi Putrajaya pada 29 November 2016 hingga 1 November 2016 bersempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) 2016. Seminar ini telah diadakan di Dewan 9, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya yang terbuka kepada semua penduduk Putrajaya serta kawasan sekitarnya yang berumur 15 tahun ke atas dan menawarkan tempat untuk 250 orang peserta.

Kategori: Berita, Featured

Buku setebal 105 muka surat ini mengandungi lima buah cerpen yang mengutarakan tema persaingan sihat pelajar, nilai-nilai murni, perpaduan, jati diri dan semangat kebangsaan.

Kategori: Ulasan Buku

Menurut Kamus Dewan, perkataan lingua franca yang berasal dari bahasa Latin bermaksud bahasa perantaraan, bahasa perhubungan, dan bahasa pergaulan antara masyarakat atau orang yang berlainan bahasa di seluruh dunia.Berasaskan fakta pembacaan dan ajaran guru semasa di alam persekolahan, saya maklum bahawa bahasa Melayu memang pernah menyandang status lingua franca pada satu masa dahulu. Namun begitu, status lingua franca itu kini sirna oleh ledakan teknologi dan kepesatan era globalisasi.

Kategori: Suara Anak Muda

Program Wakaf Buku DBP merupakan inisiatif baharu bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai salah satu bentuk wakaf oleh masyarakat umum untuk diwakafkan kepada mereka yang memerlukan.

Kategori: Berita, Featured

Bahasa pengantar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di universiti adalah sangat penting. Pengaliran ilmu pengetahuan melalui medium bahasa membentuk satu pemikiran dan kefahaman kepada pelajar-pelajar. Namun begitu, terdapat percanggahan dalam kalangan pejuang bahasa yang mahu mengangkat martabat satu bahasa sahaja di peringkat institusi pengajian tinggi. Sebagai seorang bekas pelajar di universiti yang mengamalkan sistem dwibahasa, pemilihan bahasa seharusnya menjadi bahasa demokrasi di universiti iaitu dengan memberi pilihan kepada pelajar memilih bahasa yang selesa baginya untuk menyampaikan pendapat sama ada semasa sesi pembentangan mahupun dalam penulisan ilmiah.

Kategori: Suara Anak Muda

Berikutan isu dan polemik tentang kewujudan Hang Tuah yang hebat diperdebatkan oleh para sarjana hari ini, Kelab Sastera dengan kerjasama Kelab Sejarah, Universiti Sains Malaysia terpanggil untuk mengadakan sebuah wacana yang membawa pakar-pakar dalam dua disiplin ilmu iaitu kesusasteraan dan juga sejarah.

Kategori: Berita

Bahasa merupakan platform manusia menyampaikan mesej. Melalui bahasa, manusia memahami antara satu sama lain dengan kefahaman maksud bahasa yang digunakan. Begitu juga dalam berkomunikasi. Manusia menyampaikan apa yang bermain di fikiran dalam bentuk bahasa yang boleh difahami oleh si penerima. Bentuk bahasa ini mungkin berbeza mengikut latar belakang, umur, status dan kerapatan dalam perhubungan tersebut. Perbezaan ini muncullah kepelbagaian bahasa perbualan dan berbeza daripada bahasa baku yang sepatutnya digunakan dalam bahasa Melayu.

Kategori: Suara Anak Muda
  • Arkib

  • Statistik

    1046836
    Visit Today : 452
    This Month : 29435
    Total Visit : 1046836
    Hits Today : 988
    Total Hits : 4295790
    Who's Online : 11
  • Kategori