Masyarakat dunia secara umumnya mengetahui cita-cita besar rejim Zionis Yahudi untuk menakluk dan merampas tanah Palestin daripada rakyat Palestin. Pendatang haram Zionis Yahudi ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan hasrat utama mereka untuk mendirikan negara sendiri di tanah rakyat Palestin menjadi kenyataan walaupun terpaksa menumpahkan darah insan-insan yang tidak berdosa.

Pada 26 hingga 27 September 2016 yang lalu, telah berlangsung Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara XII (Sakat XII) yang telah diadakan di Dewan Seminar Dato’ Hasan Ahmad, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tarikh yang sama juga berlangsungnya majlis penyampaian Hadiah Sastera MASTERA ke-8 dan Sidang Ke-22 Majlis Sastera Asia Tenggara. Majlis penyampaian Hadiah Sastera MASTERA disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Pada 26 hingga 27 September 2016 yang lalu, telah berlangsung Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara XII (Sakat XII) yang telah diadakan di Dewan Seminar Dato’ Hasan Ahmad, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tarikh yang sama juga berlangsungnya majlis penyampaian Hadiah Sastera MASTERA ke-8 dan Sidang Ke-22 Majlis Sastera Asia Tenggara. Majlis penyampaian Hadiah Sastera MASTERA disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Pada 26 hingga 27 September 2016 yang lalu, telah berlangsung Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara XII (Sakat XII) yang telah diadakan di Dewan Seminar Dato’ Hasan Ahmad, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tarikh yang sama juga berlangsungnya majlis penyampaian Hadiah Sastera MASTERA ke-8 dan Sidang Ke-22 Majlis Sastera Asia Tenggara. Majlis penyampaian Hadiah Sastera MASTERA disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Sempena bulan bahasa kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang, Persatuan Karyawan Pulau Pinang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara telah menganjurkan Festival Lagu Puisi pada 24 September 2016 di Rainbow Paradise Beach and Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Festival yang julung kali diadakan ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Turut serta salah seorang penggiat seni lagu puisi iaitu Ahmad bin Ramli yang juga selaku salah seorang panel dalam wacana lagu puisi yang turut diadakan dalam festivel tersebut.

Kategori: Berita

Inovasi merupakan percikan yang menggerakkan organisasi dan sumber manusianya untuk bergerak serta maju ke hadapan. Inovasi juga berkait rapat dengan proses pengambilan idea-idea baharu daripada pelanggan dan menukarkan pengetahuan dan maklumat baharu tersebut ke dalam bentuk produk dan perkhidmatan baharu. Atas faktor ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi menyokong usaha-usaha Kerajaan ke arah transformasi perkhidmatan awam.

Kategori: Berita, Featured

Pada 22 September 2016, bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur telah diadakan majlis perasmian Syair Alam Melayu Nusantara 2016. Acara yang berlangsung selama dua hari, bermula pada 22 hingga 23 September 2016 dianjurkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi ND Lala dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bertemakan “Syair Rentas Benua”, program ini merupakan pengisian genre sastera dalam DiverseCity 2016: Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1046782
    Visit Today : 398
    This Month : 29381
    Total Visit : 1046782
    Hits Today : 863
    Total Hits : 4295665
    Who's Online : 18
  • Kategori