Pada 22 Jun 2016, genaplah 60 tahun penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jika diimbau kenangan lalu akan perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara, DBP menyongsong kelangsungan kewujudannya bersama keringat dan air mata. Generasi demi generasi yang mengisi tempat dalam menggalas tanggungjawab melaksanakan fungsi dan peranan dengan penuh amanah dan bersemangat sejak dulu hingga kini.

Kategori: Berita, Featured

Ulasan Buku Rujukan Pantas Asas Kejuruteraan Awam oleh Mohd. Effendi Jamlos

Kategori: Featured, Promosi

Buku ini mengupas persoalan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat, antaranya tentang sains dan masyarakat, tentang sains dan agama, tentang ibadah yang dilakukan oleh umat Islam melalui penerangan saintifik, tentang isu yang berkaitan dengan atom, pembentukan cakerawala, dan kejadian manusia dan alam. Persoalan ini jika dijelaskan secara saintifik akan dapat meningkatkan keyakinan, ketakwaan dan keimanan.

Kategori: Buku Baharu

Kepesatan teknologi maklumat turut memberikan manfaat kepada semua golongan. Teknologi yang suatu masa dahulu dirasakan mustahil tercipta sudah terpampang di hadapan mata, antaranya kamera digital dan telefon pintar pelbagai guna.

Kategori: Buku Baharu

Penulis biografi membentuk naratif untuk dua tujuan, iaitu mempersembahkan kehidupan orang lain dan menjadikan kehidupan tersebut sebagai sesuatu yang melampaui kehidupan itu sendiri – sesuatu periode sejarah, sebuah kumpulan sosial, atau sesuatu pencapaian khusus (sama ada dihormati atau sebaliknya). Biografi boleh bersifat simpatetik atau tidak simpatetik terhadap subjek yang dibincangkan.

Kategori: Buku Baharu

Novel ini mengisahkan seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati orang tua itu, semakin sukar jadinya. Kedegilan ayahnya seiring dengan pertambahan usia. Dia tidak boleh ditegur; jauh sekali menerima pandangan anak-anak. Lantaran itu dia sering buruk sangka, berdendam dan marah-marah bercampur dengan rasa bersalah.

Kategori: Buku Baharu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) telah melabuhkan tirai pada 9 Mei yang lalu di MAEPS, Serdang, Selangor. Ini merupakan kali pertama PBAKL mengadakan pameran di luar Putra World Trade Centre (PWTC), iaitu tapak tradisi pesta berkenaan sejak sekian lama.

Kategori: Berita, Featured

Tanggal 1 Jun 2016 merupakan tarikh bersejarah buat Prof. Dr. Zaharani Ahmad apabila beliau menoktahkan kerjaya berwarna-warni sebagai Timbalan Ketua Pengarah Dasar (TKPD) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau memulakan tugas Di DBP pada 25 Mac 2013 secara pinjaman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tugas terakhir beliau di UKM ialah pensyarah linguistik Melayu, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1047316
    Visit Today : 932
    This Month : 29915
    Total Visit : 1047316
    Hits Today : 2499
    Total Hits : 4297301
    Who's Online : 13
  • Kategori