Majlis Penghargaan Duta Bahasa dan Budaya telah diadakan sempena meraikan persaraan Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Huang Huikang, Duta Besar China ke Malaysia pada 28 April 2016 bertempat di Sanggar Tun Sri Lanang, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Dato' Dr. Zurinah Hassan, pengarang ulung negara telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang ke-13. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang gelaran tersebut.

Kategori: Berita, Featured

Dunia kini tidak lagi seperti dahulu, maka dunia yang akan datang mungkin tidak lagi berjiwa masa ini. Mari kita lihat perkembangan semasa apabila berlakunya pemodenan taraf hidup, seperti peningkatan penggunaan teknologi terkini dan penarafan media, khususnya media elektronik. Sesiapa pun yang lahir pada sebelum zaman milenium sudah tentu masih teringat akan perkembangan telefon mudah alih daripada yang bersaiz besar kepada saiz yang lebih kecil, daripada yang hanya menggunakan talian GSM kepada talian 4G, daripada sistem operasi kuno kepada sistem operasi android dan lain- lain lagi.

Kategori: Bicara

Pelancaran buku Asas Kejuruteraan Awam telah disempurnakan oleh Sultan Pahang pada 23 April 2016 yang lalu di Sekolah Menengah (SM) Teknik Kuantan, Pahang. Majlis tersebut diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Emas sekolah tersebut.

Kategori: Berita, Featured

Helang Terbang Rendah mengisahkan, pada suatu pagi ketika Helang bangun daripada tidur dan menjengah keluar sarang, dia mendapati pandangannya kabur. Helang terkejut dengan keadaan itu. Lalu, Helang memberitahu isterinya, Tutu dan anaknya, Kiki tentang kedua-dua matanya yang semakin kabur. Namun begitu, Tutu dan Kiki juga mengalami masalah yang sama dengan Helang. Kata Kiki, penglihatan kabur bukan disebabkan masalah mata, tetapi pandangan di luar yang sebelum ini cerah dan indah bertukar menjadi kelam. Selain itu juga, udara yang bersih dan nyaman sudah dipenuhi dengan habuk, debu dan asap.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia telah diperuntukkan dengan jelas di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara, Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan.

Kategori: Berita, Featured

Ucapan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada Pertandingan Perbicaraan (mooting) Peringkat Kebangsaan 2016 di Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

Abdalla Hassan Gharib, Juara Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia, Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016

  • Arkib

  • Statistik

    1047289
    Visit Today : 905
    This Month : 29888
    Total Visit : 1047289
    Hits Today : 2353
    Total Hits : 4297155
    Who's Online : 19
  • Kategori