Buku ini merupakan rakaman pengalaman perjalanan peribadi Dr. Zaharah Sulaiman, Pensyarah Kanan di Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (UPKW), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pakar Perunding Laktasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Pengurusan insan sering diberikan tumpuan dalam semua bidang, baik perindustrian, pembangunan, mahupun pengurusan dalam keluarga, institusi, masyarakat, negara atau dunia. Pengurusan insan dilihat sebagai satu komponen penting yang dititikberatkan dalam arus globalisasi masa kini.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Pada 30 Januari 2016, bertempat di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) telah diadakan program Bicara Anugerah Sastera Negeri Kelantan (ASNK). Program anjuran DBPWT ini diadakan dengan tujuan untuk menghimpunkan tokoh penerima anugerah, panel yang terlibat dalam ASNK, penulis, penggerak sastera dan wakil media untuk berdialog tentang ASNK yang telah diadakan pada 25 November 2015.

Kategori: Berita, Featured

Tanggal 19 Februari 2016, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerima kehadiran Ketua Pengarah yang kesebelas, Tuan Haji Abdul Adzis bin Abas. Beliau menggantikan Datuk Dr. Awang Sariyan yang telah menamatkan tugasnya di DBP pada 31 Januari 2016. Haji Abdul Adzis dilahirkan pada 20 Mei 1951, di Oran, Perlis. Kelulusan akademik beliau ialah B. A. (Hons) Sejarah, (UKM–1976, Diploma Pendidikan UKM –1976), Pengkhususan Sejarah dan Bahasa Melayu.

Kategori: Berita, Featured

Buku berjudul Siri Usahawan Tani (Ternakan Cacing) ditulis oleh Nasnan Jajuli. Kandungan buku ini secara ringkas berkisar tentang penternakan cacing sebagai salah satu perusahaan yang menjana pulangan yang lumayan.

Kategori: Ulasan Buku

Yang mana satukah yang betul? Yang Dipertuan atau Yang di-Pertuan, dan Yang Dipertua atau Yang di-Pertua? Pengguna bahasa masih keliru dalam mengeja frasa tersebut, terutamanya dari segi penggunaan huruf besar dan penggunaan tanda sempang. Kekeliruan ini dapat dilihat secara tidak langsung, terutamanya dalam media cetak, seperti akhbar dan majalah.

Kategori: Puji & Tegur

Rancangan Kampung Baru merupakan sebahagian daripada pelan tindakan Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya British di Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950 untuk melumpuhkan pergerakan komunis di Tanah Melayu pada ketika itu. Rancangan Briggs mengambil sempena nama pegawai yang dipertanggungjawabkan melaksanakan rancangan tersebut, iaitu Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs.

Kategori: Berita, Featured

Montaj yang ditayangkan dalam Majlis Perpisahan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 29 Januari 2016

  • Arkib

  • Statistik

    1047119
    Visit Today : 735
    This Month : 29718
    Total Visit : 1047119
    Hits Today : 1841
    Total Hits : 4296643
    Who's Online : 13
  • Kategori