Wacana bahasa lisan dengan bahasa tulisan tidak mungkin dapat dipisahkan dalam erti kata bahawa pertuturan dengan intonasi yang betul harus pula dirakam dalam bentuk tulisan yang menggunakan tanda baca yang tepat.

Kategori: Ulasan Buku

Kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bermula dengan tercetusnya Program Penerbitan Berpakej DBP pada Januari 2013 dan berlanjutan hingga hari ini. Usaha ini dapat dirancakkan apabila tujuh orang ahli panel pakar bidang sains nuklear dilantik untuk menjayakan program ini. Semua pakar dan penyelidik yang berkecimpung dalam bidang nuklear dari seluruh Malaysia berpusat di Agensi Nuklear Malaysia.

Kategori: Berita

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2015 telah diadakan pada 11 Oktober 2015, bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah.

“Saya ingin mengingatkan warga Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua hal, pada bila-bila masa di mana-mana juga. Inilah antara cara untuk kita membuktikan sokongan terhadap usaha pemartabatan bahasa kebangsaan,” kata Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) di auditorium DBKL pada 10 Oktober 2015 yang lalu.

Kategori: Berita, Featured

Untuk terus kekal relevan dalam dunia serba mencabar ini, setiap organisasi perlu menanam iltizam untuk sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti menjadi sebahagian perkara asas untuk melonjakkan citra organisasi. Setiap produk yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan perlu sentiasa dijajar agar selari dengan perkembangan teknologi dan kehendak pelanggan dan masyarakat. Hal ini amat penting bagi memastikan usaha memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu terus kekal sebagai salah satu agenda nasional.

Kategori: Berita, Featured

Karnival Bahasa Jiwa Bangsa diadakan pada 10 dan 11 Oktober 2015 yang lalu di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Program yang bertemakan “Kearifan Tempatan Merentas Budaya/Bahasa Merentas Bidang dan Budaya” ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan kegiatan bahasa, budaya dan sastera kebangsaan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum di negeri tersebut.

Kategori: Berita, Featured

Seni warisan pantun Melayu yang memaparkan ketinggian budi dan nilai bangsa telah diwarisi sejak dahulu lagi. Pantun sebagai puisi tradisional merupakan ekspresi masyarakat pada zaman silam menggunakan kebijakan kata-kata dalam menyampaikan maksud secara tersirat.

Kategori: Berita, Featured

Perubahan idea serta permahaman akibat perubahan persekitaran dalam dunia hari ini banyak mengubah permahaman seseorang terhadap sesuatu perkara. Sesuatu yang dahulunya difahami begini, kini telah difahami khalayak sebagai begitu.

Kategori: Suara Anak Muda
  • Arkib

  • Statistik

    1046895
    Visit Today : 511
    This Month : 29494
    Total Visit : 1046895
    Hits Today : 1162
    Total Hits : 4295964
    Who's Online : 7
  • Kategori