Seperti pada tahun-tahun yang lalu, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) diadakan lagi pada tahun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita

Tayangan video Majlis Pelancaran Buku Edisi Khas Sasterawan Negara Baha Zain sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 pada 28 April 2015 bertempat di Pelantaran Putra (PWTC).

Kategori: Promosi, TV DBP

Montaj Majlis Pelancaran Buku Edisi Khas Sasterawan Negara Baha Zain sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 pada 28 April 2015 bertempat di Pelantaran Putra (PWTC). 

Kategori: Promosi, TV DBP

Buku ini mengandungi perincian tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan kanser payudara seperti mengenal pasti penyakit, gejala, faktor risiko kanser, faktor pelindung, kaedah saringan, diagnosis, kaedah rawatan, dan kesan jika lewat menerima rawatan.

Kategori: Buku Baharu

Kumpulan ini memuatkan 17 buah cerpen yang sebahagiannya pernah tersiar dalam media arus perdana garapan seorang pengarang muda yang mahu berkongsi pengalaman, pemerhatian dan penyelidikan melalui “cerita-cerita kecil”. Karya-kara tersebut ada yang menjentik rasa, disulami kisah suka duka dan cerminan sisi kehidupan yang cacamarba.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini membuka minda pembaca kepada istilah bieknologi yang selama ini bermain di bibir kalangan penyelidik. Pengarang menyenaraikan teknik dalam bioteknologi dan bagaimana digunakan hingga terhasil produk yang bermanfaat. Pengarang juga menerangkan status Malaysia dalam bidang bioteknologi dan impak bidang ini dalam perekonomian negara.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini merupakan usaha pengarang untuk membetulkan penyelewengan yang dilakukan oleh pengarang buku Hakikat Insan, iaitu Ahmad Laksamana yang cuba menyebarkan ajaran Batiniyah dan Wahdat al-Wujud. Dalam buku Hakikat Insan, Ahmad Laksamana menterjemah dan mentakwil ayat-ayat al-Quran mengikut fahaman sendiri walaupun tidak mengubah ayat al-Quran.

Kategori: Buku Baharu

Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu, dan menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.

Kategori: Bahasa, Bimbingan
  • Arkib

  • Statistik

    1047138
    Visit Today : 754
    This Month : 29737
    Total Visit : 1047138
    Hits Today : 1896
    Total Hits : 4296698
    Who's Online : 12
  • Kategori