Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang digunakan secara meluas hari ini bermula sejak 1972. Sudah 40 tahun usia sistem ini digunakan sebagai wadah penulisan dalam semua bidang. Sistem ejaan ini telah dipersetujui bersama oleh kerajaan Malaysia dengan Pemerintah Republik Indonesia berikutan daripada perisytiharan serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972.

Kategori: Bahasa

Alamanda merupakan satu-satunya pusat beli-belah yang terdapat di Putrajaya yang menjadi tumpuan para pelancong dan orang awam. Tatkala kaki hendak melangkah masuk, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada pintu masuk membayangkan di dalam pusat beli-belah tersebut mengutamakan bahasa kebangsaan dalam paparan dan peragaan di samping bahasa lain.

Kategori: Puji & Tegur

Ikuti video Bicara Karya: Bahasa dalam komunikasi kanak-kanak Sindrom Down oleh Puan Rosmiza binti Ismail, Editor Bahagian Buku Bahasa, DBP.

Kategori: Promosi, TV DBP

Kuala Selangor merupakan sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Ia dinamakan Kuala Selangor kerana telah menjadi kebiasaan masyarakat dahulu menamakan sesuatu tempat itu dengan mengambil sempena nama sungai. Pekan Kuala Selangor semakin membangun. Banyak kawasan perumahan dan premis perniagaan dibina bagi manfaat penduduk yang kian bertambah.

Kategori: Puji & Tegur

Perang Dunia Ke-2 merupakan trauma terbesar rakyat Jerman. Jutaan rakyatnya terkorban di medan perang dan di tempat awam. Suatu ketika dahulu, Hitler merupakan lambang kekuasaan dan kebesaran negara. Nama beliau disegani dan ditakuti.

Kategori: Bicara

Ya, bagus juga anda banyak membaca. Namun, bilangan buku yang anda baca tidak menjamin anda boleh menjadi penulis yang baik. Pembaca yang baik amat berhati-hati memilih bahan bacaannya. Akal yang murni ini harus diisi dengan bahan-bahan bacaan yang berkualiti.

Kategori: Sastera Kreatif

Novel ini melakarkan sebuah dunia perjuangan wanita menghadapi penindasan kaum lelaki yang jahat dan zalim. Ternyata novel Lara karya Azmah Nordin memberikan wacana yang sungguh serius jika dilihat dalam kerangka pemikiran feminisme. Walau bagaimanapun dalam konteks sastera novel, Lara telah menghidangkan kekuatan karya yang menakjubkan melalui plot, teknik dan penceritaan yang luar biasa.

Kategori: Ulasan Buku

Ikuti video Bicara Karya: Variasi Bahasa Melayu oleh Puan Ruziati binti Abdul Rani, Editor Bahagian Buku Bahasa, DBP.

Kategori: Promosi, TV DBP
  • Arkib

  • Statistik

    1046848
    Visit Today : 464
    This Month : 29447
    Total Visit : 1046848
    Hits Today : 1041
    Total Hits : 4295843
    Who's Online : 14
  • Kategori