APAKAH wujud pengarang berbobot yang tercicir daripada Anugerah Penulisan Asia Tenggara  (SEA Write) terutama mereka yang berada di luar Lembah Klang? Sekali imbas nama seperti Norhisham Mustafa di Kelantan, Marzuki Ali (Terengganu), Marsli NO (Pahang), Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah (Sarawak), Jasni Matlani (Sabah) dan Othman Zainuddin (Johor) masih belum bergelar penerima anugerah berprestij di Asia Tenggara itu. Justeru, timbul persoalan apakah pengarang yang sudah pun membuktikan kepengarangan dan ketokohan […]

Kategori: DBP dalam Akhbar

Tiga tahun mutakhir ini, pengarang sastera menikmati keadaan ibarat bulan naik, matahari pun naik, apabila satu demi satu dana penerbitan diwujudkan bagi memeriahkan industri bahan bacaan negara ini, khususnya bahan berkaitan sastera. Bermula dengan peruntukan RM5 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Disember 2011 yang disalurkan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang dapat memacu penerbitan buku di negara ini, terutama karya asli penulis muda dalam semua genre. Pada April lalu pula, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan peruntukan khas RM2 juta kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membantu penulis menggiatkan usaha penghasilan karya bermutu dan kegiatan persatuan penulis.

Kategori: DBP dalam Akhbar

Pada keluaran yang lepas kita telah membincangkan tentang kata yang menggunakan huruf ‘Ha’ pedas (ح) yang keseluruhannya merupakan kata serapan Arab. Kali ini kita membincangkan satu lagi huruf yang seumpama dengannya iaitu huruf ‘Kha’(خ). Jika diteliti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (DBKM) majoriti kata yang menggunakan huruf ini juga merupakan kata serapan bahasa Arab. Tidak kira di mana kedudukannya sama ada di awal, di tengah mahupun di akhir kata.

Kategori: Jawi
  • Arkib

  • Statistik

    1047152
    Visit Today : 768
    This Month : 29751
    Total Visit : 1047152
    Hits Today : 1933
    Total Hits : 4296735
    Who's Online : 15
  • Kategori