Sesiapa yang bertemu dengannya kali pertama tidak akan sedar hal ini. Wajah, penampilan, dan lenggok percakapannya menunjukkan beliau seorang Melayu sejati, apatah lagi namanya juga berbunyi Melayu, iaitu Pian. Banyak yang menyangka nama sebenar “lelaki Melayu” ini ialah Sufian.

Kategori: Bakat

Orang bercanggah pendapat tentang sebutan bagi fokus, iaitu adakah fo•kus, fo•kas, atau fo•kes (e dengan sebutan pepet). Tidak ketinggalan dibahaskan orang soal sebutan kata-kata yang berakhir dengan huruf a, adakah dibunyikan a atau e pepet? Misalnya, kata saya, adakah sa•ya atau sa•ye sebutannya? Pendeknya, banyak lagi sebutan kata yang menimbulkan tanda tanya.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang menangani projek Kajian Leksikal Bahasa Daerah. Projek ini merupakan usaha mengumpul dan mendokumentasi data leksikal bahasa daerah yang akan dimanfaatkan dalam proses kerja pembentukan istilah, penyusunan kamus dan penyelidikan bahasa.

Kategori: Berita

Pentauliahan kepada 21 pengarang mapan tanah air yang diangkat sebagai Munsyi Dewan (Sastera) adalah antara usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membina kumpulan pakar rujuk yang akan membimbing pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan umum. Mereka juga akan diberikan tanggungjawab mengendalikan kursus genre kesusasteraan tradisional dan moden, selain turut bertanggungjawab menulis makalah berkaitan sastera untuk dibentangkan pada acara peringkat negeri, kebangsaan mahupun di luar negara.

Kategori: DBP dalam Akhbar

Bahasa Melayu adalah satu daripada sejumlah besar bahasa yang tergolong dalam rumpun Austronesia. Bahasa-bahasa yang berada dalam rumpun Austronesia ini tersebar dalam kawasan yang meliputi hampir separuh muka bumi, yang sebahagian besarnya ialah lautan yang terkandung kepulauan. Kawasan ini terentang dari kawasan pergunungan di Taiwan, turun ke selatan hingga New Zealand, dan dari Madagaskar di luar pantai timur Afrika hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Kategori: Tokoh

Setiap tahun MABBIM akan mengadakan sidang yang diadakan secara bergilir-gilir dalam kalangan negara anggota. Tiga aktiviti utama yang diadakan sepanjang sidang ialah Sidang Pakar, Sidang Eksekutif dan Seminar Kebahasaan. Sidang Pakar mempertemukan pakar pelbagai bidang ilmu dalam kalangan negara anggota MABBIM.

Kategori: Berita

Kata baku telah terdapat dalam kamus Melayu lebih kurang setengah abad lalu. Walau bagaimanapun, istilah tersebut menjadi popular apabila kerajaan memutuskan pengajaran dan penggunaan sebutan baku yang berasaskan keselarasan antara ejaan dengan sebutan pada tahun 1988, bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu. Pada permulaan istilah itu dipopularkan, timbul salah faham pada sesetengah orang.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Bagai sirih pulang ke gagang; kembalinya Dr. Awang, mantan Pengarah Jabatan Bahasa DBP, tepat pada masanya dan kena pada tempatnya. Pengalaman luas beliau di dalam dan di luar negara amat berguna untuk melonjakkan transformasi dalam memperkasakan bahasa Melayu.

Kategori: Wawancara
  • Arkib

  • Statistik

    1047121
    Visit Today : 737
    This Month : 29720
    Total Visit : 1047121
    Hits Today : 1845
    Total Hits : 4296647
    Who's Online : 14
  • Kategori