Orangnya bertubuh kecil, bersopan santun dan sentiasa merendah diri. Beliau peramah dan menghormati sesiapa sahaja yang berada di sampingnya. Kehadirannya sukar dikesan – mungkin kerana sosok tubuhnya yang kecil dan sifatnya yang pendiam – tetapi kerap berada di celah-celah keramaian, terutamanya dalam majlis ilmu yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kategori: Bakat

Huruf ‘Ha’ pedas (ح) merupakan salah satu huruf yang terdapat dalam huruf asal Arab. Sekiranya kita menyemak Daftar Kata Bahasa Melayu (DBKM) akan kita dapati bahawa semua perkataan yang menggunakan huruf ini merupakan kata yang berasal daripada kata Arab atau istilah yang disebut sekarang kata serapan bahasa Arab.

Kategori: Jawi

HURUF ‘tha’ (ث) merupakan huruf keempat dalam turutan abjad Jawi. Kebiasaannya, kata yang mengandungi huruf ini merupakan kata yang asalnya daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab. Sebenarnya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain juga banyak menggunakan fonem [th] ini Cuma tidak dilambangkan dengan huruf ‘tha’ sekiranya dieja dalam tulisan Jawi. Boleh dikatakan tidak ada kata jati bahasa Melayu yang menggunakan fonem [th] ini. Jadi secara langsung kita dapat mengetahui bahawa sekiranya sesuatu kata mempunyai fonem [th] atau huruf ‘tha’, maka kata itu berasal daripada kata asing.

Kategori: Jawi
  • Arkib

  • Statistik

    1047255
    Visit Today : 871
    This Month : 29854
    Total Visit : 1047255
    Hits Today : 2223
    Total Hits : 4297025
    Who's Online : 13
  • Kategori