Ketika kanak-kanak, ibu bapanya sering meminta beliau menyampaikan cerita melalui buku yang dibaca dan bercerita tentang apa-apa yang dipelajari di sekolah setiap hari agar ibu dapat memantau perkembangan pembelajaran. Sebelum menyampaikan cerita kepada mereka, beliau akan berdiri dan bercerita di hadapan cermin seorang diri sambil menggambarkan “ma” (ibu) dan abah (Allahyarham bapa) berada di hadapannya dan mendengar cerita.

Kategori: Bakat

Ramai yang mungkin terkeliru dengan huruf ya yang tidak bertitik (ى) setiap kali membaca tulisan Jawi. Huruf tersebut sebenarnya melambangkan dua bunyi dalam Jawi. Bunyi vokal [a] dan bunyi vokal [e] pepet. Sekiranya huruf tersebut melambangkan bunyi [a] ia dipanggil huruf alif maqsurah tetapi sekiranya ia melambangkan bunyi [e] pepet maka huruf tersebut dipanggil huruf ye. Kedua-duanya berkedudukan di akhir kata.

Kategori: Jawi

Puisi-puisi dalam kumpulan puisi ini memperlihatkan citra Islam yang tekal dan bersebati dalam kehidupan masyarakat Melayu. Budaya masyarakat Melayu dari awal kelahiran sehingga pengakhiran nyawa diikat kukuh dengan Islam, sehingga setiap pemerihalan tentang perjalanan kehidupan tidak dapat tidak akan menyangkuti Islam. Di sini kumpulan puisi Mencari Makna Diri memperlihatkan bagaimana bahasa Melayu hidup dan berkembang sebagai bahasa ketamadunan Islam tersebut, dengan puisi-puisi bergerak dalam lingkungan budaya, jiwa dan fikiran dunia Melayu-Islam.

Kategori: Ulasan Buku

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bergerak atas dasar mendukung falsafah pembinaan negara yang bersepadu, dengan mengambil tanggungjawab memenuhi keperluan negara untuk mempunyai bahasa negara yang dapat menjadi teras jati diri rakyat yang merdeka dan bermaruah, bahasa yang dapat menjadi wasilah perpaduan rakyat berbilang keturunan dan bahasa yang cekap dan berkesan untuk urusan pentadbiran, undang-undang, pendidikan, dan semua sektor lain.

Kategori: Catatan KP
  • Arkib

  • Statistik

    1047213
    Visit Today : 829
    This Month : 29812
    Total Visit : 1047213
    Hits Today : 2055
    Total Hits : 4296857
    Who's Online : 16
  • Kategori