Konflik antara orang kampung semakin hebat apabila traktor telah mula memasuki kampung dan mengorek sawah. Sawah bukan sahaja warisan tradisi dan rezeki mereka selama ini, tetapi sawah juga adalah simbol “warisan dan maruah” mereka yang perlu dipertahankan turun-temurun.

Kategori: Berita

Selain mendapatkan maklumat tentang sejauh mana penggunaan bahasa kebangsaan dilaksanakan sama ada secara lisan atau tulisan, seperti pada risalah, panduan pengguna, borang, iklan dan sebagainya, DBP ingin memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat dan indah di premis perniagaan seperti pada papan tanda, papan iklan dan sebagainya dilakukan dengan sewajarnya.

Kategori: Berita

“ 1 BAHASA” yang ditekankan sebagai tema Bulan Bahasa Kebangsaan ini tidak bermaksud melenyapkan bahasa-bahasa lain kerana hal itu bertentangan dengan semangat perpaduan dalam kepelbagaian bahasa. Sebaliknya, “1Bahasa” menekankan penerimaan rakyat berbilang kaum terhadap bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa milik bersama. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan, “1Bahasa” mampu membangunkan keperibadian bangsa meskipun terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, agama, dan budaya.”

Kategori: Berita

Dunia perniagaan di Malaysia seolah-olah sentiasa menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara yang tidak mempunyai nilai ekonomi. Buktinya, sektor ini tidak menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan komersial seperti iklan, urusan perniagaan atau perdagangan pada peringkat domestik, jauh sekali antarabangsa.

Kategori: Puji & Tegur

Setiap perkataan yang mendapat imbuhan awalan se-, ke-, ataupun di-, hendaklah dirangkaikan ejaannya atau dengan kata lain imbuhan awalan tersebut hendaklah dieja secara bersambung dengan perkataan selepasnya.

Kategori: Jawi

Pada saat kita memperkatakan bahasa yang baik, timbul polemik tentang bahasa yang alamiah yang kononnya tidak perlu tertakluk pada rumus-rumus bahasa, yang malangnya kadang-kadang dikaitkan dengan tohmahan bahawa rumus-rumus bahasa itu dikhayalkan oleh ahli bahasa, bukan daripada realiti penggunaan bahasa.

Kategori: Catatan KP
  • Arkib

  • Statistik

    1047069
    Visit Today : 685
    This Month : 29668
    Total Visit : 1047069
    Hits Today : 1695
    Total Hits : 4296497
    Who's Online : 17
  • Kategori