Pertandingan ini merupakan program khusus untuk mencungkil bakat dan memberi peluang kepada karyawan DBP membahaskan idea dan pandangan mereka demi meningkatkan kecemerlangan organisasi.

Kategori: Berita

Berpegang pada prinsip hidup, “tiada istilah putus asa tetapi perlu berusaha dengan gigih”, melayakkan gadis ini mendapat penghargaan sebagai penulis prolifik oleh penerbit Alaf 21 apabila menghasilkan sebanyak lima buah novel dalam masa lima tahun berturut-turut.

Kategori: Bakat

Pertandingan yang diadakan sempena Festival Bahasa dan Sastera 2011 ini, bertujuan memupuk rasa kecintaan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar, khususnya dalam medium komunikasi. Selain mengetengahkan bakat berhujah menggunakan bahasa Melayu baku yang baik dan berkesan dari segi sebutan, tatabahasa dan gaya, pertandingan ini juga dapat melahirkan pelajar yang berdaya fikir kreatif, inovatif serta berketerampilan.

Kategori: Berita

Kata hubung "dan" dan "tetapi" digunakan dengan meluas dalam lisan dan penulisan dalam bahasa Melayu. Justeru, buku ini mengkaji penggunaan kata hubung "dan" dan "tetapi" dari aspek tatabahasa, dari sudut makna dan penggunaannya, khususnya dalam penulisan cerpen.

Kategori: Ulasan Buku

Sekiranya pada perbincangan lepas, iaitu Hukum A-ha, kita menggugurkan huruf Alif yang membunyikan suku kata terbuka [a] sebelum hadirnya suku kata [ha] dalam sesuatu perkataan. Kali ini kita akan membicarakan tentang penambahan huruf alif pula. Secara khususnya dalam kasus hukum Rama.

Kategori: Jawi

Persidangan seumpama ini sememangnya dinanti-nantikan oleh para penterjemah dari dalam dan luar negara kerana ia merupakan platform bagi penterjemah dari seluruh dunia bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu mereka. Banyak isu menarik yang timbul hasil pembentangan kertas kerja yang merangkumi pelbagai skop yang disediakan.

Kategori: Editorial

Raja Ali Haji juga terdidik dengan ilmu bidang lain, dan telah menghasilkan karya dalam pelbagai bidang, iaitu agama, bahasa, sastera, sejarah, dan undang-undang. Beliau turut menjadi guru agama yang mengajar tatabahasa, fikah, dan tasawuf. Dalam bidang bahasa, Raja Ali Haji telah menghasilkan dua buah karya yang amat penting dalam perkembangan bahasa Melayu, iaitu Kitab Bustanul-Katibin (1857) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1859).

Kategori: Tokoh

Usaha melahirkan lebih ramai pendeklamasi berbakat seperti Cheng Kui Qiang wajar diteruskan demi memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar bukan Melayu di samping menyemai semangat cintakan bahasa Melayu dan negara Malaysia dengan menjadikan puisi sebagai salah satu wahana komunikasi.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1047228
    Visit Today : 844
    This Month : 29827
    Total Visit : 1047228
    Hits Today : 2088
    Total Hits : 4296890
    Who's Online : 18
  • Kategori