USAHA memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sering menerima banyak tentangan dan dicabar oleh golongan tertentu. Yang terkini ialah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibangkitkan semula oleh Kumpulan Bertindak Ibu bapa untuk Pendidikan (PAGE).

Kategori: Bicara

Memandangkan kesalahan dan kecelaruan bahasa pada papan tanda ini semakin berleluasa, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat.

Kategori: Uncategorized

Kamus itu disusun untuk memenuhi keperluan pegawai kerajaan Dinasti Ming mempelajari bahasa Melayu dalam rangka penjalinan hubungan dengan Kerajaan Melaka. Maka itu judulnya apabila diterjemahkan berbunyi "Senarai Perkataan Negeri Melaka". Kamus itu terbit kira-kira 100 tahun lebih awal daripada kamus Itali-Melayu susunan Antonio Pigafetta pada tahun 1521.

Kategori: Catatan KP

Penggunaan bahasa Melayu yang salah akan melenyapkan keindahan gaya sastera dalam lirik lagu tersebut. Tanpa penguasaan ilmu bahasa dan sastera dalam penulisan lirik, bermakna hanya melodi lagu yang diangkat dan nilai estetika sastera Melayu diketepikan.

Kategori: Berita

Za’ba merupakan anak Melayu yang tidak jemu-jemu mengabdikan dirinya dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu. Karya beliau yang terkenal ialah Pelita Bahasa Melayu, sebuah kitab rujukan utama bagi seluruh masyarakat yang ingin mempelajari bahasa Melayu. Sumbangan beliau sangat besar ertinya. Beliau bertanggungjawab merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah dan pensyarah. Semasa era pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya ketika itu dan juga Sumatera.

Kategori: Tokoh

Usaha sebegini berkesan dalam memupuk sikap mencintai organisasi sendiri dan sekali gus dapat menepis pelbagai tohmahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang senantiasa menyalahkan DBP atas apa-apa yang berlaku meskipun terhadap perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengan DBP.

Kategori: Editorial

Keistimewaan tulisan Jawi berbanding Rumi terletak pada cara pengejaannya berbandingnya. Salah satu daripada keistimewaan tersebut dapat kita lihat dalam kaedah yang seterusnya yang dipanggil Hukum a-ha. Kita tidak akan berjumpa dengan hukum ini sekiranya kita menggunakan tulisan Rumi.

Kategori: Jawi
  • Arkib

  • Statistik

    1047269
    Visit Today : 885
    This Month : 29868
    Total Visit : 1047269
    Hits Today : 2274
    Total Hits : 4297076
    Who's Online : 23
  • Kategori