Kalangan pengiklan dan agensi pengiklanan mendapat maklum bahawa penyemakan bahasa bagi semua iklan untuk papan iklan luar khasnya di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hendaklah mendapat pengesahan penggunaan bahasa kebangsaan daripada pihak DBP.

Kategori: Berita

BULAN Mei bulan perayaan. Pelbagai perayaan disambut, bermula dengan sambutan Hari Ibu, Hari Belia, Hari Guru, dan cuti umum kerana sambutan Hari Wesak, Hari Pekerja, Hari Gawai, Hari Keamatan dan yang paling menggembirakan pelajar terutamanya murid-murid sekolah rendah ialah cuti sekolah pertengahan tahun atau cuti semester kedua. Namun, antara sambutan yang tidak kurang meriahnya ialah sambutan Hari Ibu yang bermula pada awal bulan sehingga berakhirnya bulan Mei.

Kategori: Editorial

Peminat boria dan pengunjung Gerai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pasti terhibur apabila menyaksikan bual bicara antara Penggiat Boria Encik Omar M. Hashim atau lebih dikenali sebagai Omara bersama-sama tukang karang boria, Hazman dan pelawak sketsa boria Pak Kojek (Encik Yusof Mhd. Hashim).

Kategori: Berita

Selain bertepatan dengan konsep 1Malaysia, PBAKL yang berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sentiasa mendapat sambutan dan kunjungan orang ramai yang menggalakkan sehingga ke hari terakhir PBAKL 2011.

Kategori: Berita

Seorang Bendahari yang amat terkenal, iaitu Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad anak kepada Tun Ahmad juga dikenali sebagai Tun Seri Lanang, lahir pada tahun 1565 Masihi di Seluyut, Johor. Beliau menjadi Bendahara kepada dua orang sultan bagi Kerajaan Johor Lama, iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570-1597) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615M).

Kategori: Tokoh

Pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan yang merentas tamadun turut menggerakkan usaha menyusun kamus dwibahasa yang penting untuk kegunaan pedagang dan orang Cina lainnya dalam interaksi di alam Melayu. Usaha awal penyusunan kamus dwibahasa dikesan berlaku seawal abad ke-14 pada zaman Maharaja Ming Tai Zhu (1368-1399 M.), iaitu maharaja Dinasti Ming yang pertama.

Kategori: Catatan KP

Dengan terbitnya buku panduan seperti ini diharap dapat memberikan manfaat berganda dan menjadi “makanan harian” kepada penulis muda agar dapat menjadi pewaris penulis mapan pada masa akan datang.

Kategori: Ulasan Buku

“TIDAK KOMERSIAL, tidak kompetitif”. Itulah yang mungkin akan kita dengar apabila kita menyarankan supaya pengusaha menggunakan bahasa kebangsaan dalam penamaan produk atau barangan keluaran mereka.

Kategori: Puji & Tegur
  • Arkib

  • Statistik

    1047201
    Visit Today : 817
    This Month : 29800
    Total Visit : 1047201
    Hits Today : 2028
    Total Hits : 4296830
    Who's Online : 19
  • Kategori