Meskipun falsafah bahasa diketahui telah berakar dari awal tumbuhnya disiplin falsafah itu sendiri, iaitu enam abad sebelum Masihi di Yunani. Namun pembicaraannya sehingga zaman linguistik moden ternyata berasas pada pemikiran dan pandangan hidup Barat, dengan sedikit sekali menampilkan perspektif pemikiran dan pandangan hidup Islam.

Kategori: Catatan KP

Tulisan Jawi ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri seperti sistem tulisan bahasa Arab. Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar dan huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan.

Kategori: Jawi

SEMASA menyelak helaian sebuah majalah hiburan tempatan yang agak tinggi peredarannya, agak terkejut juga penulis apabila mendapati beberapa perkataan yang kurang tepat penggunaannya dari segi tatabahasa. Walaupun bukan sebuah majalah ilmiah, majalah hiburan juga memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kerana bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu.

Kategori: Editorial

Seminar yang diadakan pada 26 hingga 27 Februari lalu bertujuan untuk mengembangkan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Usaha dan komitmen DBP menganjurkan pelbagai program seumpama ini untuk kaum bukan Melayu diakui oleh Encik Goh Hin San dalam ucapan alu-aluannya.

Kategori: Berita

Tidak disangkalkan lagi bahawa sastera ialah bahasa yang unggul, padat dan menunjam ke dasar makna. Hal ini boleh dilihat di Kota London misalnya, yang menaikkan sastera pada iklan-iklan bas atau kereta api bawah tanah dan akan sentiasa ditukar ganti .Negara Belanda pula mempunyai helaian kalendar harian yang menawarkan karya penyair setiap hari.

Kategori: Berita

“Puisi Menjana Gagasan 1Malaysia” menjadi tema Hari Puisi Nasional ke-18 anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Kerajaan Negeri Sabah, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan Dewan Bahasa Cawangan Sabah (DBPCS) diadakan pada 25 hingga 27 Februari lalu di Binsulok Resort, Membakut, Sabah.

Kategori: Berita

“Menulis karya kreatif tidak sukar, tetapi yang lebih sukar adalah memperuntukkan masa duduk di hadapan komputer berjam-jam lamanya. Setiap kali apabila sesebuah karya selesai digarap, anda akan memperoleh kepuasan yang tiada taranya. Walaupun penulisan sangat mencabar dan menuntut komitmen yang berterusan, bidang ini amat menguntungkan dan menyeronokkan.”

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1047204
    Visit Today : 820
    This Month : 29803
    Total Visit : 1047204
    Hits Today : 2035
    Total Hits : 4296837
    Who's Online : 18
  • Kategori