Usaha pemupukan budaya kerja berkualiti di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermula dengan pelaksanaaan program-program Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) pada tahun 1980. Pada tahun 1984, DBP telah menubuhkan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan langkah ini diikuti pula dengan penubuhan Struktur Pengurusan Kualiti dan Produktiviti DBP pada bulan Ogos 1992 (PKPA Bil. 1 Tahun 1992).

Kategori: Berita

Apabila ada orang yang mengagungkan dan bercita-cita untuk mengutamakan bahasa Inggeris dalam ranah kehidupan penting (seperti ranah pendidikan, pentabiran, ekonomi dan yang lain) di negara ini, salah satu senjata yang digunakan adalah dengan membesar-besarkan kekurangan bahasa Melayu

Kategori: Catatan KP

Permulaan setiap tahun yang memberangsangkan bagi DBP memang selalu diharapkan oleh pihak pengurusan mahupun warga DBP. Kesemua pihak harus memastikan permulaan yang baik ini akan dilanjutkan kepada pengakhiran tahun yang baik juga, dan seterusnya tahun-tahun mendatang.

Kategori: Editorial

Jika dilihat di sekitar kawasan ibu kota, terutamanya di Jalan Silang dan Jalan Pudu, kebanyakan premis perniagaan di kawasan tersebut dikuasai oleh warga asing, khususnya warga Nepal, Bangladesh dan Vietnam. Yang lebih mengejutkan adalah dengan terdapatnya banyak papan tanda, gegantung dan kain rentang yang menghiasi deretan kedai menggunakan bahasa ibunda mereka yang terang-terang tidak mencerminkan citra Malaysia

Kategori: Puji & Tegur

Lebih dikenali sebagai "orang kuat" Stor Teater DBP ini mula bergiat dengan Kumpulan Teater Badan Budaya DBP sejak mula berkhidmat dengan DBP. Bermula dengan teater “Zaman Gerhana” (1986) dan “Salina” (1986), beliau mula menimba pengalaman pertama dengan memberi tumpuan kepada aspek penataan cahaya. Drama pentas “Teman” arahan pertamanya bersama Zakaria Ariffin membuka peluang kepada beliau sebagai pengarah teater.

Kategori: Bakat

”Dalam daun ada daun memaknakan bahawa dalam kehidupan ada kehidupan, dalam diri seseorang manusia, ada peribadi lain, dalam satu peristiwa ada makna lain, dan dalam satu-satu imej ada makna lain.” Demikian antara petikan ulasan novel Daun karya Malim Ghozali Pk yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) Ke-19 bagi Kategori A.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1046986
    Visit Today : 602
    This Month : 29585
    Total Visit : 1046986
    Hits Today : 1419
    Total Hits : 4296221
    Who's Online : 12
  • Kategori