Novel Mahabbah hasil karya Sasterawan Negara (SN) Shahnon Ahmad, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2007 terpilih sebagai karya sastera kreatif terbaik negara Malaysia dan menerima Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Ke-6, 2010. Mahabbah, novel yang mengandungi 316 halaman dan 13 bab, adalah satu bentuk kepengarangan yang bijaksana berbeza daripada kelaziman novel Shahnon yang lain.

Kategori: Berita

BULAN Disember tahun 2010 ialah bulan akhir dalam kalendar Masihi tetapi bulan permulaan bagi kalendar Islam 1432H yang jatuh pada 7 Disember 2010. Apabila kalendar Masihi melabuhkan tirainya, kalendar Hijrah membuka lembaran baharu. Klik Web DBP, akhbar digital terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baru setahun jagung memenuhi ruang sesawang DBP sejak paparan pertamanya pada bulan April 2010, sentiasa dipertingkat dan dimantapkan lagi pengisiannya.

Kategori: Editorial

Forum Penterjemah Peringkat Asia (AFT) ke-6 (FIT 6th Asian Translators’ Forum) diadakan di Macau, China pada 6-8 November lalu. Delegasi Malaysia diwakili oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) yang diketuai oleh Presiden PPM, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang juga AJK PPM dan Institut Terjemahan Negara (ITNM) turut menghadiri Forum tersebut.

Kategori: Berita

Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPj), PPj dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Syarahan Pendeta yang bertajuk “Peranan Bahasa Kebangsaan dalam Membina Jati Diri Negara Bangsa” pada 12 Oktober lalu. Syarahan tersebut disampaikan oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan yang juga mantan Ketua Pengarah DBP.

Kategori: Berita

Sebagai persiapan untuk menghadapi tahun 2012, telah direncanakan pengubahsuaian kurikulum yang hasilnya dikenal sebagai KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ada orang yang mempersoalkan nama kurikulum itu kerana sebelumnya telah ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan untuk peringkat sekolah menengah ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Kategori: Catatan KP

Hadiah Sastera Perdana Malaysia memberikan suntikan yang tidak ternilai kepada perkembangan kesusasteraan Melayu tanah air. Kelahiran penulis dan karya dalam pelbagai genre memperlihatkan peningkatan kuantiti serta kualiti penghasilan karya kreatif dan bukan kreatif sekali gus menyemarakkan lagi perkembangan dunia sastera Malaysia.

Kategori: Berita

Raut wajahnya yang serius dan agak garang dengan tubuh yang gempal membuatkan beliau sering diberi watak jahat atau antagonis dalam teater lakonannya, sama ada menjadi askar Jepun atau komunis. Walaupun jarang mengukir senyuman atau kelihatan agak sukar didekati, beliau sebenarnya seorang yang peramah dan mudah mesra.

Kategori: Bakat
  • Arkib

  • Statistik

    1047235
    Visit Today : 851
    This Month : 29834
    Total Visit : 1047235
    Hits Today : 2127
    Total Hits : 4296929
    Who's Online : 15
  • Kategori