Kewajaran dan kepentingan sambutan BBK terbukti sejak dahulu bermula dengan sambutan Minggu Bahasa Kebangsaan pada era 1960-an. Walau apapun nama sambutan bulan bahasa yang dibuat, matlamat dan jiwanya tetap sama. Sudah menjadi kewajiban semua rakyat Malaysia memastikan usaha kelangsungan perjuangan memartabatkan bahasa ini sentiasa dibuat.

Kategori: Editorial

Pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim tentang penubuhan Bahagian Pembudayaan Bahasa di kementeriannya, dalam sidang media pada 28 Oktober lalu, menimbulkan kesegaran semangat dan emosi pada saya (dan saya yakin pada pejuang-pejuang bahasa yang lain juga) sesudah sekian lama luka di hati kian parah. Pengumuman itu menjadi siri berita yang menggembirakan sesudah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan mengambil keputusan yang tepat dengan memansuhkan PPSMI.

Kategori: Catatan KP

Selepas Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) dilaksanakan dari tahun 1999-2008, Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) diperkenalkan semula pada tahun 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd.Yassin semasa lawatan kerja pertama beliau ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 4 Mei 2009.

Kategori: Berita

Drama "Tamu di Bukit Kenny" karya Usman Awang merupakan pementasan teater pertama Kumpulan Teater Badan Budaya DBP yang dipentaskan pada tahun 1967. Drama ini berkisar pada kisah kehidupan zaman merdeka. Pada era tahun 1980-an, Kumpulan Teater Badan Budaya DBP berjaya mementaskan beberapa buah teater yang diadaptasikan daripada sajak tanah air dan novel terkenal.

Kategori: Bakat

Sayembara Mencipta Lagu Puisi bertujuan memperluas khalayak puisi dalam bentuk lagu dan menimbulkan minat serta meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap puisi, di samping menarik minat golongan muda mendekati lagu-lagu puisi. Walaupun lagu puisi yang menjadi juara pada tahun ini membawakan sedikit kelainan dari segi rentak lagu yang rancak, lagu puisi diharap dapat dan masih mengekalkan ciri dan nilai tersendiri lagu puisi.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1047190
    Visit Today : 806
    This Month : 29789
    Total Visit : 1047190
    Hits Today : 1994
    Total Hits : 4296796
    Who's Online : 8
  • Kategori