Konsep 1 Malaysia yang lebih memfokus pada perpaduan seharusnya tidak mengenepikan satu aspek yang tiada kepelbagaiannya, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Dalam konteks rasmi tiada kepelbagaian bahasa, sebaliknya hanya ada satu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan ternyata dapat menyatupadukan kaum selama ini.

Kategori: Editorial

Pihak yang harus dipersalahkan dalam soal pencemaran bahasa dalam filem dan drama ialah penulis skrip, penerbit serta pengarah filem dan drama kerana mereka melanggar tanggungjawab moral yang lebih mengutamakan nilai-nilai komersial untuk mendapat perhatian khalayak. Beliau mencadangkan pihak DBP bersama-sama badan agensi berkaitan untuk menguatkuasakan satu sistem yang betul-betul tiada kompromi.

Kategori: Berita

Ketika kita dilahirkan, kita tidak tahu berbahasa. Tangisan pertama bayi bukanlah “bahasa” seperti yang difahami oleh masyarakat, kecuali jika kita mahu mengatakannya bahasa dalam erti yang tertentu. Kita belajar berbahasa sejajar dengan perkembangan fizikal kita. Ketika kita kecil, keluarga mengajarkan kata-kata dan ayat-ayat mudah. Apabila kita bersekolah, kata-kata pun bertambah-tambah, dan ayat-ayat pun semakin kompleks.

Kategori: Bicara

Dalam bulan Ramadan pada tahun ini, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) khasnya di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan menerima seorang kenalan berbangsa Jerman. Yang menariknya tentang gadis dari negara Eropah Tengah ini adalah kerana ia beragama Islam. Namanya Jana Petersen dan sungguhpun huruf pangkal namanya J, sebutan namanya menjadi Yana.

Kategori: Berita

Kuasa menentukan kerajaan berada di tangan rakyat selaku pengundi yang akan menilai kecekapan, ketelusan dan pelbagai bentuk nilai dalam urus tadbir kerajaan. Kesemua faktor ini merupakan fakta yang tidak boleh disangkal. Namun, bagi pelaksana segala perkhidmatan dan dasar kerajaan persoalan bagaimana untuk mewujudkan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan bahkan yang bertaraf dunia itulah yang utama.

Kategori: Ulasan Buku

Usaha untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya gemar membaca sudah dimulakan sejak tahun 1972. Usaha tersebut dinamai Gerakan Membaca yang juga merupakan salah satu projek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pelancaran Projek Gerakan Membaca di seluruh negara kemudiannya telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YB Datuk Musa Hitam pada 28 Januari 1980 di Balai Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur. Tujuan Projek Gerakan Membaca diadakan adalah untuk memupuk semangat dalam kalangan rakyat di negara ini.

Kategori: Berita

Oleh ASSMAH OSMAN SEMUA jenis iklan perniagaan di setiap negeri di Malaysia tertakluk pada Undang-undang Kecil Iklan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Undang-undang kecil iklan ini menetapkan perkara yang hampir sama, iaitu semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan, sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain.  Sesiapa yang melanggar undang-undang kecil ini melakukan kesalahan dan apabila disabitkan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dihukum penjara bagi […]

Kategori: Puji & Tegur

Kumpulan koir Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah salah satu cabang korporat DBP yang sentiasa bersama-sama memeriahkan setiap majlis rasmi organisani badan berkanun ini dan juga majlis anjuran bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Kategori: Bakat
  • Arkib

  • Statistik

    1047209
    Visit Today : 825
    This Month : 29808
    Total Visit : 1047209
    Hits Today : 2048
    Total Hits : 4296850
    Who's Online : 14
  • Kategori