Pertandingan ini boleh dianggap sebagai platform untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama karyawan DBP. Kumpulan yang bertanding bukan sahaja terdiri daripada bahagian tertentu, bahkan gabungan beberapa bahagian yang terdapat di DBP, tanpa mengambil kira jabatan.

Kategori: Berita

Antara tokoh yang ditampilkan dalam buku ini ialah Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn. Selain itu, tokoh-tokoh bahasa yang menentukan semua dasar dan keputusan juga ditampilkan, antaranya ialah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar, Datuk Dr. Hassan Ahmad, Profesor Dr. Farid M. Onn dan tokoh-tokoh lain yang terlibat dalam pelbagai disiplin ilmu.

Kategori: Ulasan Buku

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Kategori: Bicara

Bagi memperluas pengajaran bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa komunikasi dan bahasa ilmu pengetahuan untuk penutur asing, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersetuju menerima permohonan Jurusan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera, Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand untuk mengadakan lawatan ke agensi itu. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan kerjasama bagi menganjurkan kursus bahasa Melayu musim cuti semester.

Kategori: Berita

Agak sukar untuk mengukur dan menilai kejayaan dan keberkesanan program dan kegiatan yang dilaksanakan oleh DBP selama ini kerana ukuran tersebut bergantung pada sambutan dan penerimaan semua lapisan masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.

Kategori: Editorial

PENGURUS dalam Pelbagai Peranan merupakan salah sebuah terbitan Siri Pengurusan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) yang ditulis oleh Maimunah Osman. Buku ini mengandungi lapan bab yang memberikan huraian tentang tanggungjawab pengurus atau pegawai dalam Perkhidmatan Awam. Setiap bab dalam buku ini membincangkan pelbagai peranan yang perlu dimainkan oleh seseorang pengurus. Oleh itu, buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat pengurus dalam organisasi, khususnya mereka di peringkat pertengahan.

Kategori: Ulasan Buku

Agak menghairankan, setelah lebih setengah abad negara merdeka, kita masih bergelut dengan isu bahasa kebangsaan. Sewajarnya bahasa kebangsaan sudah menjadi pohon yang tumbuh tegak, rendang dan lebat buahnya sehingga seluruh dunia dapat merasai kemanisan buahnya.

Kategori: Uncategorized

Rayyan berdakwah melalui lirik lagu yang diperdengarkan apabila memuji keagungan dan keindahan ciptaan Tuhan dengan gaya persembahan yang menarik. Selain itu, lagu-lagu Rayyan dapat memartabatkan keindahan bahasa dan kesusasteraan Melayu melalui lirik lagu yang disampaikan.

Kategori: Bakat
  • Arkib

  • Statistik

    1047102
    Visit Today : 718
    This Month : 29701
    Total Visit : 1047102
    Hits Today : 1793
    Total Hits : 4296595
    Who's Online : 12
  • Kategori