Usaha keras Nur Fatiha Abu Bakar, pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara sekali gus memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, Piala Pusingan, sijil penghargaan dan buku terbitan DBP di pertandingan akhir Akademi Sastera 2009.

Kategori: Berita

Siapa itu Melayu? Daripada perspektif sejarah, perkataan Melayu amnya muncul buat pertama kali dalam tahun 644 Masihi. Ia tercatat dalam sumber China bertarikh 644 Masihi merujuk sebuah kerajaan di pantai timur Sumatera (Wolters, 1967). Ejaan yang ditransliterasi daripada tulisan China ke tulisan Melayu ialah Mo-lo-yu. Sekali lagi, dalam tahun 671 Masihi negeri Melayu muncul dalam sumber China.

Kategori: Berita

Dalam rencana ringkas ini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya selama berada di Beijing sebagai Penasihat Bahasa Melayu di Bahagian Siaran Bahasa Melayu, CRI. Memang banyak cerita yang mahu saya kongsikan, namun, saya akan memilih beberapa episod yang memberikan kesan yang besar kepada saya.

Kategori: Bicara

Tarikh 22 Jun sewajarnya diingati oleh setiap warga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sama ada terdapat acara sambutan atau majlis istimewa pada tarikh itu atau sebaliknya, 22 Jun ialah tarikh keramat, iaitu penubuhan DBP di Johor Bahru pada tahun 1956.

Kategori: Editorial

Buku ini mengandungi 10 artikel yang membincangkan beberapa aspek penting dalam bidang pengurusan. Aspek yang disentuh meliputi bidang pengurusan pemasaran, kepimpinan, pengurusan pelanggan, kemahiran mendengar, kerja berpasukan, kreativiti dalam pengurusan, dan peningkatan kerjaya. Artikel-artikel ini merupakan ringkasan daripada buku-buku yang dihasilkan oleh penulis masing-masing.

Kategori: Ulasan Buku

Sempena sambutan ulang tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-54, editor Klik Web telah menemu bual Ketua Pengarah DBP, Dato' Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz bagi mendapatkan pandangan dan harapan beliau terhadap DBP dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Kategori: Wawancara

Bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan dan terbahagi kepada dua kumpulan. Menurut para pengkaji, kumpulan pertama bangsa Melayu dikenali sebagai Melayu Proto. Kumpulan ini kemudian berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru, iaitu kira-kira 2500 tahun Sebelum Masihi. Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera dikatakan terdiri daripada keturunan golongan Melayu Proto.

Kategori: Berita

Orangnya bertubuh kecil, berperwatakan sederhana dan murah dengan senyuman. Bagi kebanyakan orang yang baru mengenalinya, tentu lebih mengenali beliau sebagai pembaca doa dalam kebanyakan majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau pun pembaca doa pada setiap pagi Isnin melalui alat siar raya.

Kategori: Bakat
  • Arkib

  • Statistik

    1047268
    Visit Today : 884
    This Month : 29867
    Total Visit : 1047268
    Hits Today : 2273
    Total Hits : 4297075
    Who's Online : 23
  • Kategori