Buku Bahasa, Negara dan Bangsa hasil tulisan Jeniri Amir ini menghuraikan persoalan berkaitan bahasa yang menghadapi cabaran yang getir sejak akhir-akhir ini. Buku ini menghimpunkan makalah yang pernah beliau tulis tentang isu dan permasalahan bahasa di Malaysia.

Kategori: Ulasan Buku

Masih adakah alasan yang menyatakan istilah bahasa Melayu dalam sesuatu bidang ilmu itu tidak mencukupi menyebabkan ahli akademik atau penulis buku ilmiah mendapati sukar untuk menulis artikel atau kertas kerja mereka dalam bahasa Melayu? Sekiranya mereka dikehendaki menulis dalam bahasa Melayu, tulisan mereka dikatakan tidak mampu mengungkapkan frasa atau ayat mahupun istilah dengan jelas dan bermakna, berbanding jika mereka menulis dalam bahasa Inggeris.

Kategori: Editorial

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Seri Mohd. Khaled Nordin di majlis Pertandingan Pidato Antarbangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri pada 5 Mac 2010 membuat pengumuman bahawa pelajar asing di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang berjumlah 65,000 orang akan diwajibkan mengikuti kursus bahasa Melayu.

Kategori: Catatan KP

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar University Prince of Songkla (PSU), Thailand, Program Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu Musim Cuti 2010 Pelajar PSU pada tahun ini diadakan bagi kali kelapan. Program tahunan yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama PSU bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar PSU menghayati dan menggunakan bahasa Melayu

Kategori: Berita

Pengurusan dari segi Islam boleh ditakrifkan sebagai satu proses melakukan dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah – sifat semula jadi – melalui dan bersama orang lain dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara berkesan. Selain itu, sumber organisasi digunakan dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al-falah – kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kategori: Ulasan Buku

PERKARA 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, memperuntukkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara. Bahasa rasmi yang dimaksudkan ialah bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi yang meliputi wacana lisan dan tulisan di peringkat kerajaan persekutuan,

Kategori: Bicara
  • Arkib

  • Statistik

    1046876
    Visit Today : 492
    This Month : 29475
    Total Visit : 1046876
    Hits Today : 1111
    Total Hits : 4295913
    Who's Online : 8
  • Kategori