Anwar Ridhwan, penulis novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan pemenang S.E.A. Write Awards 2002 telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-10 pada Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan, Selangor, pada 20 Oktober 2009.

Kategori: Berita

Suatu ketika dahulu dan mungkin ada lagi sekarang, tulisan Jawi dilihat ditulis pada batu nisan atau bangunan lama yang dibina pada zaman sebelum Merdeka. Kini, tulisan Rumi telah menggantikan tulisan tersebut walaupun pada batu nisan. Adakah disebabkan tiada orang yang boleh menulis Jawi atau bimbang orang tidak memahami tulisan tersebut?

Kategori: Editorial

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, Perkara 152 ada kalanya seakan-akan hanya jaminan dalam dokumen atau di atas kertas. Pihak yang terang-terang menentang semangat dan kedudukan sah bahasa Melayu, dengan membuat dasar dan melaksanakan program yang menggerhanakan bahasa Melayu malah sering menjadikan Perkara 152 itu sebagai hujah bahawa kedudukan bahasa Melayu tetap terjamin.

Kategori: Catatan KP

Tulisan Melayu huruf Arab yang telah digunakan sejak kedatangan Islam di Nusantara dikenali dengan nama tulisan “Jawi”. Nama “Jawi” merupakan kata adjektif perkataan “Jawah” yang berasal daripada bahasa Arab. Berkemungkinan besar perkataan “Jawi” atau “Jawah” ini berasal daripada perkataan “Javadwipa”, iaitu nama bagi sebuah daerah di Asia Tenggara pada zaman purba. Ini dibuktikan dengan catatan oleh Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah yang menggelar Sumatera sebagai al-Jawah

Kategori: Berita

Jika kita perhatikan frasa yang pertama, “Berurusan dengan Kerajaan secara online”, jelaslah bahawa online ialah perkataan Inggeris yang ditulis tanpa dicetak condong atau diitalikkan sedangkan perkataan tersebut ada padanannya dalam bahasa Melayu. Frasa tersebut sepatutnya menjadi “Berurusan dengan Kerajaan secara dalam Talian”.

Kategori: Puji & Tegur
  • Arkib

  • Statistik

    1047011
    Visit Today : 627
    This Month : 29610
    Total Visit : 1047011
    Hits Today : 1492
    Total Hits : 4296294
    Who's Online : 17
  • Kategori