Setiap perkataan yang mempunyai huruf kaf [ک] atau ga [ ] yang berbunyi terbuka [a] di akhir biasanya termasuk di dalam hukum ini. Perkataan tersebut dieja dengan tanpa huruf vokal alif pada huruf kaf atau ga dalam kata tersebut.
Setiap perkataan yang mendapat imbuhan awalan se-, ke-, ataupun di-, hendaklah dirangkaikan ejaannya atau dengan kata lain imbuhan awalan tersebut hendaklah dieja secara bersambung dengan perkataan selepasnya.
Peraturan dalam pengejaan Jawi amat teliti berbanding Rumi. Cara pengejaannya tidak tetap seperti cara pengejaan dalam Rumi. Cara pengejaan Jawi berubah-ubah caranya mengikut kedudukan huruf dalam sesuatu perkataan.
Biasanya apabila kita hendak mengeja sesuatu perkataan yang suku kata pertamanya terbuka [a] dan suku kata keduanya bukan suku kata terbuka [a], mestilah disertakan huruf alif.
Sekiranya pada perbincangan lepas, iaitu Hukum A-ha, kita menggugurkan huruf Alif yang membunyikan suku kata terbuka [a] sebelum hadirnya suku kata [ha] dalam sesuatu perkataan. Kali ini kita akan membicarakan tentang penambahan huruf alif pula. Secara khususnya dalam kasus hukum Rama.
Keistimewaan tulisan Jawi berbanding Rumi terletak pada cara pengejaannya berbandingnya. Salah satu daripada keistimewaan tersebut dapat kita lihat dalam kaedah yang seterusnya yang dipanggil Hukum a-ha. Kita tidak akan berjumpa dengan hukum ini sekiranya kita menggunakan tulisan Rumi.
Perbincangan kali ini tertumpu pada perkataan yang mempunyai suku kata tertutup dan berakhir dengan suku kata terbuka [a]. Apabila sesuatu perkataan itu berakhir dengan suku kata [a] dan didahului dengan suku kata tertutup, maka suku kata terakhir tersebut hendaklah diberikan huruf Alifnya.
Hukum Derlung teraplikasi apabila sesuatu perkataan yang mempunyai dua suku kata terbuka [a] + [a] atau perkataan yang mempunyai tiga suku kata atau lebih tetapi dua suku kata akhirnya terbuka [a] + [a]. Dan yang paling penting ialah jenis kata yang disebutkan di atas diakhiri dengan huruf: dal (د) atau ra (ر) atau lam (ل) atau wau (و) atau dal (ڠ).