Huruf ‘ain’ (ع) merupakan huruf ke-19 dalam turutan abjad Jawi. Huruf ‘ain’ (ع) merupakan satu huruf yang agak sukar untuk membunyikannya bagi sesetengah penutur

Kategori: Jawi

Huruf ‘dad’ (ض) merupakan huruf jati bahasa Arab. Bahasa Arab juga dikenali sebagai bahasa ‘dad’ (ض). Tiada dalam mana-mana bahasa yang menggunakan huruf ini selain bahasa Arab dan sekiranya terdapat penggunaan huruf ini dalam mana-mana bahasa di dalam dunia ini maka sudah pastilah bahawa kata itu berasal daripada bahasa Arab.

Kategori: Jawi

Pada keluaran yang lepas kita telah membincangkan tentang kata yang menggunakan huruf ‘Ha’ pedas (ح) yang keseluruhannya merupakan kata serapan Arab. Kali ini kita membincangkan satu lagi huruf yang seumpama dengannya iaitu huruf ‘Kha’(خ). Jika diteliti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (DBKM) majoriti kata yang menggunakan huruf ini juga merupakan kata serapan bahasa Arab. Tidak kira di mana kedudukannya sama ada di awal, di tengah mahupun di akhir kata.

Kategori: Jawi

Huruf ‘Ha’ pedas (ح) merupakan salah satu huruf yang terdapat dalam huruf asal Arab. Sekiranya kita menyemak Daftar Kata Bahasa Melayu (DBKM) akan kita dapati bahawa semua perkataan yang menggunakan huruf ini merupakan kata yang berasal daripada kata Arab atau istilah yang disebut sekarang kata serapan bahasa Arab.

Kategori: Jawi

HURUF ‘tha’ (ث) merupakan huruf keempat dalam turutan abjad Jawi. Kebiasaannya, kata yang mengandungi huruf ini merupakan kata yang asalnya daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab. Sebenarnya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain juga banyak menggunakan fonem [th] ini Cuma tidak dilambangkan dengan huruf ‘tha’ sekiranya dieja dalam tulisan Jawi. Boleh dikatakan tidak ada kata jati bahasa Melayu yang menggunakan fonem [th] ini. Jadi secara langsung kita dapat mengetahui bahawa sekiranya sesuatu kata mempunyai fonem [th] atau huruf ‘tha’, maka kata itu berasal daripada kata asing.

Kategori: Jawi

Ramai yang mungkin terkeliru dengan huruf ya yang tidak bertitik (ى) setiap kali membaca tulisan Jawi. Huruf tersebut sebenarnya melambangkan dua bunyi dalam Jawi. Bunyi vokal [a] dan bunyi vokal [e] pepet. Sekiranya huruf tersebut melambangkan bunyi [a] ia dipanggil huruf alif maqsurah tetapi sekiranya ia melambangkan bunyi [e] pepet maka huruf tersebut dipanggil huruf ye. Kedua-duanya berkedudukan di akhir kata.

Kategori: Jawi

Kata ‘kau’ berasal daripada kata ‘engkau’ digunakan di awal kata. Kata ‘ku’ berasal daripada kata ‘aku’ digunakan di awal dan di akhir kata.Kata ‘mu’ berasal daripada kata ‘kamu’ digunakan di akhir kata sahaja.Dan kata ‘nya’ daripada kata ganti nama diri ketiga (dia); digunakan di akhir kata sahaja.

Kategori: Jawi

Perkataan ekakata bermaksud perkataan yang mempunyai satu suku kata sahaja. Biasanya perkataan ini dieja dengan bunyi tertutup. Dalam perbincangan kali ini kita akan memfokuskan ekakata yang berbunyi [a] tertutup sahaja. Ekakata jati bahasa Melayu dan serapan Inggeris dieja dengan tanpa huruf vokal alif.

Kategori: Jawi
  • Arkib

  • Statistik

    1014505
    Visit Today : 534
    This Month : 33850
    Total Visit : 1014505
    Hits Today : 2132
    Total Hits : 4138934
    Who's Online : 11
  • Kategori