Perang Dunia Ke-2 merupakan trauma terbesar rakyat Jerman. Jutaan rakyatnya terkorban di medan perang dan di tempat awam. Suatu ketika dahulu, Hitler merupakan lambang kekuasaan dan kebesaran negara. Nama beliau disegani dan ditakuti.

Kategori: Bicara

USAHA memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sering menerima banyak tentangan dan dicabar oleh golongan tertentu. Yang terkini ialah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibangkitkan semula oleh Kumpulan Bertindak Ibu bapa untuk Pendidikan (PAGE).

Kategori: Bicara

Ketika kita dilahirkan, kita tidak tahu berbahasa. Tangisan pertama bayi bukanlah “bahasa” seperti yang difahami oleh masyarakat, kecuali jika kita mahu mengatakannya bahasa dalam erti yang tertentu. Kita belajar berbahasa sejajar dengan perkembangan fizikal kita. Ketika kita kecil, keluarga mengajarkan kata-kata dan ayat-ayat mudah. Apabila kita bersekolah, kata-kata pun bertambah-tambah, dan ayat-ayat pun semakin kompleks.

Kategori: Bicara

STATISTIK tahun 1997 menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat buku dalam setahun. Pada tahun 2002 pula, statistik itu dikatakan ‘meningkat’ kepada dua muka surat setahun. Manakala kajian profil membaca pada tahun 2005 oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati bahawa kalangan rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun. Purata dua naskhah buku yang dibaca dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar.

Kategori: Bicara

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Kategori: Bicara

Dalam rencana ringkas ini, saya akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya selama berada di Beijing sebagai Penasihat Bahasa Melayu di Bahagian Siaran Bahasa Melayu, CRI. Memang banyak cerita yang mahu saya kongsikan, namun, saya akan memilih beberapa episod yang memberikan kesan yang besar kepada saya.

Kategori: Bicara

PERKARA 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, memperuntukkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara. Bahasa rasmi yang dimaksudkan ialah bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi yang meliputi wacana lisan dan tulisan di peringkat kerajaan persekutuan,

Kategori: Bicara
  • Arkib

  • Statistik

    1046235
    Visit Today : 1131
    This Month : 28834
    Total Visit : 1046235
    Hits Today : 3729
    Total Hits : 4294294
    Who's Online : 8
  • Kategori