PERIBAHASA Melayu boleh dianggap sebagai bahasa kiasan yang membawa makna tersirat, kerana masyarakat mahu menyampaikan sesuatu makna secara analogi atau perbandingan. Ia juga boleh dianggap sebagai akal budi Melayu. Masyarakat Melayu banyak menggunakan unsur alam sekeliling dengan segala kemampuan imaginasi mereka, lalu mengaitkannya dengan aspek kehidupan. Unsur ikan juga digunakan dalam peribahasa Melayu untuk menyampaikan makna yang tersirat di sebaliknya. Menurut Kamus Dewan (2004), ikan ialah haiwan berdarah sejuk yang hidup di dalam air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip untuk berenang.
Teater Pokok merupakan sebuah teater terbaik arahan pengarah filem Malaysia tersohor, U-Wei Haji Saari bersama Produksi Balang Rimbun Sdn. Bhd telah dipentaskan pada 7 Disember hingga 16 Disember 2018 sebagai Teater Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.
Sejarah kemunculan nenek kebayan dalam kehidupan masyarakat Melayu di Alam Melayu sejak ratusan tahun melekat dalam pemikiran kanak-kanak dan masyarakat Melayu. Dalam menempuh era Revolusi Industri Keempat (RI4), masih ada masyarakat Melayu yang beranggapan bahawa sejarah nenek kebayan sudah ditelan zaman. Namun begitu, sejarah nenek kebayan dalam karya sastera rakyat diceritakan berdasarkan perwatakan murni nenek kebayan dalam karya agung kesusasteraan Melayu tradisional, iaitu Hikayat Inderaputera.
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan budaya dan bahasa ibunda yang mencerminkan identiti dan jati diri masyarakatnya. Antara yang sering dikaitkan dengan hal ini ialah bahasanya seperti bahasa orang asli, bahasa daerah dan bahasa sukuan Sabah dan Sarawak yang sering dituturkan oleh nenek moyang kita dahulu hingga ke hari ini. Namun, bahasa-bahasa tersebut kian dilupakan oleh generasi hari ini yang menganggap bahasa tersebut mundur dan tidak bersifat global.
Oleh HAEME HASHIM APABILA Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan Malaysia yang baharu pada Mei yang lalu, rakyat mula menuntut janji-janji PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Laungan Malaysia Baharu, hasil daripada perjuangan reformasi yang bermula pada tahun 1998 dianggap berjaya. Malaysia bakal melalui era reformasi dan perubahan. Namun, dalam mereformasi Malaysia, adakah rejim kerajaan baharu akan memberikan fokus yang signifikan pada perkembangan dan pembangunan bahasa Melayu? Dalam […]