Memandangkan kesalahan dan kecelaruan bahasa pada papan tanda ini semakin berleluasa, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat.
Agak menghairankan, setelah lebih setengah abad negara merdeka, kita masih bergelut dengan isu bahasa kebangsaan. Sewajarnya bahasa kebangsaan sudah menjadi pohon yang tumbuh tegak, rendang dan lebat buahnya sehingga seluruh dunia dapat merasai kemanisan buahnya.