Oleh DR. RAJA RAJESWARI SEETHA RAMAN Pengenalan Kertas kerja iniakan menyorot pemikiran dalam cerpen penulis kaum India yang berkarya dari tahun 1930-an hingga kini. Genre cerpen menjadi pilihan pengkaji kerana cerpen merupakan genre kreatif sulung yang dihasilkan oleh penulis kaum India dalam bahasa kebangsaan. Dengan meneliti cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh penulis kaum India selama tujuh dekad, dapat dikenal pasti transformasi yang dibawa oleh mereka dalam jagat pencerpenan Melayu. Sejarah […]
Hak cipta melindungi sesuatu hasil karya yang ditulis tanpa kebenaran tuan punya hak cipta bukan sahaja melarang peniruan sesuatu hasil kerja tetapi juga menghalang aktiviti–aktiviti lain seperti melakukan adaptasi terhadap sesuatu hasil karya, mempersembahkan atau mempamerkan hasil karya kepada awam, menyiarkan hasil hak cipta serta berurusan dengan hasil karya yang telah ditiru daripada karya hak cipta.
Istilah kontrak sosial yang digunakan dalam hubungannya dengan proses pembinaan negara Malaysia tidak ada kaitannya secara langsung dengan istilah social contract yang diperkenalkan oleh ahli falsafah Perancis Jean-Jacques Rosseau (1712-1778). Gagasan yang dikemukakan oleh Rousseau timbul dalam konteks perubahan sistem pemerintahan daripada golongan bangsawan kepada golongan borjuis atau kelas menengah dan gagasan itu rapat kaitannya dengan kebersamaan nilai serta kehendak individu-individu dalam masyarakat atau negara secara sedar dan sengaja. Kebersamaan nilai dan kehendak itulah yang menjadi asas kontrak sosial menurut gagasan Rosseau.
Pada 15 Mac 2013, Panel Anugerah SasteraNegara telah memilih Baha Zain sebagai Sasterawan Negara Ke-12. Malah sebelum itu pun Baha Zain sudah diiktiraf sebagai seorang penyair, penulis esei dan penulis blog tersohor di Malaysia dan untuk sekian lamanya sudah pun mencapai suatu tahap gaya dan suara yang unik, dan watak kepengarangan yang sangat berbeza.
Makalah ini bertujuan membicarakan kewujudan beberapa istilah dan konsep ilmu sains dan matematik yang asli atau inovasi Malayonesia dalam bahasa Melayu sejak dahulu kala hingga menjelang abad ke-20 dan seterusnya memperlihatkan tabii muncul-lesapnya ilmu itu. Konsep dan istilah yang akan dibicarakan ialah yang terbit daripada kolek dan jong, bilangan (nombor) dan angka bulat termasuk ketakterhinggaan, sukatan perkara terang-benderang dan kabur, alam semesta (jasad-jasad di langit, model tatarajahnya dan asal-usulnya), tumbuh-tumbuhan dan margastua (dalam peribahasa, sebuah prasasti dan satu-dua buah manuskrip Jawi), sains dan kaedahnya, dan sebab-sebab kelesapan sesebuah konsep dan istilah asli, inovasi dan terjemahan dalam bidang-bidang ini menjelangnya abad ke-20 M