Sekumpulan pendukung dan peminat seni DBP mula menggerakkan langkah merancang mengadakan persembahan lakontari yang besar dengan iringan muzik gamelan dinamai Bharatayudha II. Bagi memantapkan lagi persembahan, Kumpulan Gamelan DBP mempelajari kesenian muzik gamelan di Kompleks Budaya Negara di bawah program Institut Bimbingan Seni.

Kategori: Bakat

Lebih dikenali sebagai "orang kuat" Stor Teater DBP ini mula bergiat dengan Kumpulan Teater Badan Budaya DBP sejak mula berkhidmat dengan DBP. Bermula dengan teater “Zaman Gerhana” (1986) dan “Salina” (1986), beliau mula menimba pengalaman pertama dengan memberi tumpuan kepada aspek penataan cahaya. Drama pentas “Teman” arahan pertamanya bersama Zakaria Ariffin membuka peluang kepada beliau sebagai pengarah teater.

Kategori: Bakat

Raut wajahnya yang serius dan agak garang dengan tubuh yang gempal membuatkan beliau sering diberi watak jahat atau antagonis dalam teater lakonannya, sama ada menjadi askar Jepun atau komunis. Walaupun jarang mengukir senyuman atau kelihatan agak sukar didekati, beliau sebenarnya seorang yang peramah dan mudah mesra.

Kategori: Bakat

Drama "Tamu di Bukit Kenny" karya Usman Awang merupakan pementasan teater pertama Kumpulan Teater Badan Budaya DBP yang dipentaskan pada tahun 1967. Drama ini berkisar pada kisah kehidupan zaman merdeka. Pada era tahun 1980-an, Kumpulan Teater Badan Budaya DBP berjaya mementaskan beberapa buah teater yang diadaptasikan daripada sajak tanah air dan novel terkenal.

Kategori: Bakat

Kumpulan koir Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah salah satu cabang korporat DBP yang sentiasa bersama-sama memeriahkan setiap majlis rasmi organisani badan berkanun ini dan juga majlis anjuran bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Kategori: Bakat

Bermula dengan penulisan puisi di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Mohamad Faizal Jamil (MOFA) memenangi beberapa pertandingan menulis puisi di Sarawak. Antara puisi ciptaannnya yang memenangi hadiah dalam pertandingan Sayembara Mencipta Puisi Kualiti DBP ialah Kualiti dan Perjuangan (tempat ketiga 2001), Pohon Gemilang (johan 2002), Kembali bertapak (hadiah khas 2003), Sumpah Warga DBP (tempat ketiga 2005) dan Kitalah Warga Cemerlang (johan 2007).

Kategori: Bakat

Rayyan berdakwah melalui lirik lagu yang diperdengarkan apabila memuji keagungan dan keindahan ciptaan Tuhan dengan gaya persembahan yang menarik. Selain itu, lagu-lagu Rayyan dapat memartabatkan keindahan bahasa dan kesusasteraan Melayu melalui lirik lagu yang disampaikan.

Kategori: Bakat

Orangnya bertubuh kecil, berperwatakan sederhana dan murah dengan senyuman. Bagi kebanyakan orang yang baru mengenalinya, tentu lebih mengenali beliau sebagai pembaca doa dalam kebanyakan majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau pun pembaca doa pada setiap pagi Isnin melalui alat siar raya.

Kategori: Bakat
  • Arkib

  • Statistik

    979086
    Visit Today : 320
    This Month : 26557
    Total Visit : 979086
    Hits Today : 954
    Total Hits : 3980097
    Who's Online : 10
  • Kategori