Pertama kali dia membaca novel Melayu ketika menuntut di Sekolah Menengah (P) Sri Aman di Petaling Jaya. Novel pertama yang dibacanya ialah novel wajib Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan Empat, Bukit Kepong, novel sejarah nukilan Ismail Johari. Kemudian dia diperkenalkan kepada novel bertemakan perjuangan hidup melalui novel KOMSAS Tingkatan Lima, Konserto Terakhir nukilan Abdullah Hussain.
Naif, dalam Kamus Dewan didefinisikan sebagai, "bersahaja, terlalu mudah, tidak canggih, lurus, tidak matang (pemikiran), keanak-anakan". Jadi, apabila memperkatakan seni naif, ia merupakan satu konsep kesenian atau lukisan yang dihasilkan tanpa terikat dengan undang-undang seni lukis. Setiap subjek tidak terikat dengan sebarang prinsip, termasuk perspektif.
Fauzi belajar melalui pembacaan dan pengalaman. Kerjaya awalnya bermula sebagai pelukis komersial di sebuah syarikat pengiklan luar di Kuala Lumpur. Tugasnya ialah menghasilkan iklan produk pada badan van komersial. Setahun bekerja di situ, Fauzi berhenti dan balik ke Perak, bekerja sebagai pelukis di sebuah syarikat pengiklanan di Ipoh.
Dilahirkan pada 14 Mac 1987 di Batang Berjuntai, Selangor, Ainunl Muaiyanah binti Muhammad Sulaiman merupakan anak muda yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti dari Universiti Malaysia Terengganu. Kini, nama Ainunl mula meningkat naik dan menjadi perhatian para peminat karya sastera.