BANGSAWAN merupakan suatu bentuk seni persembahan yang mempunyai kesan yang mendalam terhadap peminat dan penggiatnya di Sarawak. Mereka pastinya tidak dapat melupakan kehebatan dan keseronokan menyertai dan menonton bangsawan. Bentuk-bentuk teater yang hadir selepas bangsawan tidak dapat menandingi kehebatan bangsawan daripada segala bentuk aspek teaterikal seperti lakonan, nyanyian, tarian, set pentas, kostum dan suasana pementasan. Buku ini memperincikan perkembangan dan perubahan bangsawan di Sarawak selari dengan suasana ekonomi, politik dan sosial masyarakat Melayu tempatan dari tahun 1930-an hingga kini.

Kategori: Buku Baharu

LEWAT kumpulan cerpen Cerita Sarah Leong, Malim Ghozali PK mengajak audiens menjenguk ke daerah-daerah yang penuh dengan warna dan misteri kehidupan. Pengarang bukan sahaja memaparkan dunia melankoli, rindu yang tidak kesampaian, sejarah kegemilangan budaya bangsa, perjuangan membebaskan bangsa dan agama daripada tirani, bahkan dunia orang yang tidak siuman dalam cerpen “Dia, Dr. Hasni dan Bunga II: Api Marak Semula” dan cinta rentas budaya dalam cerpen “Cerita Sarah Leong”.

Kategori: Buku Baharu

PANDUAN Syarak tentang kelahiran menzahirkan bahawa Anak merupakan penyambung keturunan dan aset paling berharga kurniaan Allah SWT kepada kedua-dua ibu bapa. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa pentingnya doa anak-anak sebagai satu daripada perkara yang akan membantu ibu bapa di alam barzakh nanti. Oleh itu, membesar dan mendidik anak-anak mengikut panduan syarak menjadi tanggungjawab kedua-dua ibu bapa. Islam sebagai agama yang lengkap telah mengaturkan amalan tertentu kepada ibu bapa sebagai panduan yang jelas untuk diikuti dalam mereka membesarkan anak-anak bermula dari dalam kandungan lagi. Amalan selepas kelahiran seperti azan dan iqamat, tahnik dan aqiqah adalah antara perkara penting yang perlu difahami oleh ibu bapa.

Kategori: Buku Baharu

CERITA lipur lara merupakan satu bentuk sastera lisan bercorak cerita yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional. Cerita Mak Jerbek Kajian Strukturalisme ini dapat mengangkat falsafah hidup dalam tradisi lisan bahawa kehidupan muda haruslah diisi dengan pengembaraan bagi memperluas pengalaman dan mematangkan diri. Selain itu, buku ini juga dapat memberikan panduan kepada masyarakat hari ini tentang struktur cerita yang digunakan oleh tukang cerita dalam menyampaikan falsafah hidup tersebut.

Kategori: Buku Baharu

Golongan wanita begitu sinonim dengan kanser payudara, namun demikian jangan terperanjat kerana lelaki juga tidak terkecuali daripada mendapat serangan penyakit yang sama. Buku 100 Persoalan Mengenai Kanser Payudara ini memberikan fokus utama dalam menghuraikan setiap persoalan secara terperinci yang menjurus kepada elemen pengenalan kanser payudara, rawatan terkini dalam dunia perubatan sehinggalah langkah pencegahan penyakit tersebut.

Kategori: Buku Baharu

Buku Kaedah Penyelidikan Berasaskan Proses Pemfatwaan ini mengupas proses pemfatwaan dan pengaplikasian proses ini sebagai satu kaedah penyelidikan berteraskan Islam bagi memenuhi keperluan penyelidikan berkaitan dengan Islam dan orang Islam. Kaedah Penyelidikan merupakan asas penting bagi sesebuah penyelidikan yang dijalankan secara sistematik, namun terdapat kekurangan dan perbezaan yang ketara dalam pengaplikasian kaedah penyelidikan lazim dalam kajian berkaitan dengan Islam dan orang Islam, maka satu alternatif perlu diwujudkan.

Kategori: Buku Baharu

“Data pada petang tadi ada menunjukkan perubahan besar pada graf ini. Wow, menarik ni!” Suhail tersenyum lebar. Keriangan mula membenih dalam hatinya. Dengan berita gembira itu pasti hasil kerja mereka akan lebih menarik.

Kategori: Buku Baharu

Okong Srikandi Sungai mengisahkan debar di dada Okong semakin kencang, tiupan angin bagaikan membawa khabar sesuatu akan berlaku. Kehijauan hutan seakan berbisik. Hutan menjadi teman sejatinya. Pepohon dan penghuni hutan adalah rakan-rakannya. Namun tidak semua penghuni hutan dan alam bersifat baik sesama makhluk.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1037687
    Visit Today : 1169
    This Month : 20286
    Total Visit : 1037687
    Hits Today : 3493
    Total Hits : 4255848
    Who's Online : 11
  • Kategori