BERIKAN Kami Kasih Sayang mengandungi 15 buah cerpen pelbagai tema tetapi sangat dekat dengan kehidupan penulis dan pembaca. Cerpen-cerpen ini merupakan karya para guru yang mengikuti bengkel penulisan di bawah Program Pembangunan Pengkarya Guru Tahun 2018 anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kategori: Buku Baharu

GERAKAN politik radikal Melayu merupakan kegiatan yang dominan dan menarik dalam sejarah politik Malaysia, terutama ketika zaman penjajahan British sehingga selepas merdeka. Gerakan ini boleh dianggap sebagai transformasi politik masyarakat Melayu yang begitu terkenal selama ini dengan sikap konservatif dan sentiasa menurut perintah golongan atasan dan raja.

Kategori: Buku Baharu

DEBAR di dada Okong semakin kencang, tiupan angin bagaikan membawa khabar sesuatu yang akan berlaku. Kehijauan hutan seakan berbisik. Hutan menjadi teman sejatinya. Pepohon dan penghuni hutan adalah rakan-rakannya. Namun tidak semua penghuni hutan dan alam bersifat baik sesama makhluk.

Kategori: Buku Baharu

HANIF olahragawan muda yang menjadi kebanggaan sekolah dalam sukan bola sepak dan acara-acara sukan yang lain. Namun, pergolakan dalam keluarga Hanif membawa perpecahan. Nenek Hanif tidak menyukai ayah Hanif. Ayah Hanif akhirnya membawa mereka berpindah. Dalam puncak kegemilangannya sebagai olahragawan harapan, Hanif disahkan menghidap sakit jantung dan perlu dirawat di luar negara.

Kategori: Buku Baharu

FIRDAUS ABDULLAH ”atau secara formal pernah dikenal dengan panggilan“ Senator Profesor Dato’ Dr. Firdaus Haji Abdullah”, adalah seorang individu yang versatile dalam pelbagai segi. Secara formal, pendidikan universiti yang diperolehnya di tiga buah pusat perguruan tinggi Amerika Syarikat adalah dalam bidang kewartawanan dan ilmu politik. Tetapi beliau lebih terkenal sebagai penyair yang bermadah mengenai bermacam-macam peristiwa.

Kategori: Buku Baharu

MELIHAT situasi dunia yang selalu bergolak pada abad ke-20 dan menjelang abad ke-21 ini, dalam “Emmamalia” penulis sempat bertanya, akan runtuhkah peradaban, dan masih wujudkah kemanusiaan dan peradaban di dunia yang sama-sama dijulang dan ditunggangi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kategori: Buku Baharu

ADAKAH anda salah seorang peminat teknologi hijau yang berkaitan dengan revolusi kereta? Sekiranya ya, anda perlu membaca buku ini sebagai satu daripada cabang ilmu moden yang perlu anda teroka dan fahami. Teknologi hijau yang dimaksudkan ialah kereta elektrik. Pembangunan kereta elektrik bersifat pencemaran sifar. Kereta ini mengaplikasikan kuasa motor elektrik untuk menghasilkan pergerakan.

Kategori: Buku Baharu

HUJAN turun membasahi alam, angin berdesing disela-sela daun nyiur yang tinggi-tinggi belaka. Nun di pinggiran pantai, kelihatan perahu pecah bersepai akibat dikoyak ribut yang berlangsung semalaman. Sudah beberapa hari nelayan di kawasan itu tidak dapat turun memayang. Sudahlah tidak dapat mencari makan untuk mengisi perut keluarga, dapat pula khabar buruk berkenaan dengan perahu pecah di tepi pantai.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1014874
    Visit Today : 903
    This Month : 34219
    Total Visit : 1014874
    Hits Today : 4314
    Total Hits : 4141116
    Who's Online : 12
  • Kategori